Sunday, January 30, 2011

Tipah Tertipu Bang...Tipah Tak Percaya Lagi Dah Lepas Ni...


huh...tipah ni memang tertipu...sedih betul kan bila keperihatinan kita dipermainkan sebegini rupa...ni ekoran dari apa yang aku baca kat harian metro online...aler pasal kes penculikan yang berlaku kat puchong tu...cehh...rupanya ianya adalah berita palsu...dah la satu Malaysia kecoh sal ni...seme dok pakat up kat twitter, fb, blog dan macam2 lagi la bahan hebahan yang ada...alih2 semenya TIDAK BENAR sama sekali...haihh...sedih tul...

petikan berita di Harian Metro Online itu...
Polis nafi ada kes culik budak di Puchong

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam adalah palsu. “PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diuar-uarkan. Terima kasih,” kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi semalam gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu. SMS yang diedarkan berbunyi, “PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek melarikan seorang bayi berusia setahun di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar. Sila sebarkan.”- Bernama
komen aku:
saperlah yang rajin sebarkan berita palsu ni...ni sebenarnya kes apa ni...nak kenakan owner kereta tu ke apa...haih...macam2 hal la skang...paling takut hal penculikan melibatkan anak2 ni...weii...aku pun ada anak kecil...mahunya aku tak riso...ishh..ingat senang ke nak beranak???huh...

mencik la cam gini...TIPAH TERTIPU BANG...huwaaa.....

4 comments

Sunday, January 30, 2011 9:31:00 AM

truk tul saper yg sebarkn tu kn...smua org prihatin tp alih2 smua tu tipu

Sunday, January 30, 2011 9:40:00 AM

ekekeke seb baik limah tak tertipu..tipah tertipu ye..

bnda cm gini blh bt main2..ada ke patut..

Sunday, January 30, 2011 10:12:00 AM

mmg btul2 teruk org tu cik mot..huhu
tp takpe sekurang2nya kita ni rakyat yg prihatin kan...:)

Entri Terkini : Tips Mengelakkan Dari Penyakit Kanser

Sunday, January 30, 2011 4:29:00 PM

sbb kekadang akak malas nak amik tau... baca... pastu dah... malas nak take action...

Post a Comment