Tuesday, March 15, 2011

Aku Tak Tunggu Tahun Depan...Aku Haramkan Serta Merta Berkuatkuasa Hari Ini Jugak


alhamdulillah...baru pulang dari jj rehat tadi...dapat gak la aku cari botol susu yang free BPA tu...aku takmo ar tunggu sampai berkuatkuasa tahun depan...so aku haramkan serta merta jugak...berkuatkuasa hari ni...huhuhu....
dan botol susu FREE BPA yang aku beli tadi cap KIKO...3 botol berkapasiti 8 oz tu berharga RM12.90 jek...aler, gambar sok la aku upkan...ada lam kete...tadi kocoh² nak naik, tak sempat nak snap bagai...

klah, selesai isu botol susu ni...hope kementerian haramkan skang la...tak yah nak tunggu sampai tahun depan...huhuhu...

notadijariku: owhh, mak tak mampu beli cap avent walaupun pada harga sale...kesian kat mak...sob sob...

ok, ni info tuk korang...aku share dari web Kementerian Kesihatan

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

a.Nombor 7

b.Nombor 7 dan PC

c.Nombor 7 dan ‘other’


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1.Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2.Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3.Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4.Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

24 comments

Tuesday, March 15, 2011 2:58:00 PM

baguzz....yg penting jaga kesihatan..hehe....

semangat betul tuh..:D

Tuesday, March 15, 2011 3:07:00 PM

aku balik karang pun nk pi beli yg baru utk fahim ...

beli bkn sebotoi mana mampu nk beli avent, mum, bagai tu ...


huhuhuuh

Tuesday, March 15, 2011 3:10:00 PM

bagus2. CM, ke saya tak beli ke satu?

Tuesday, March 15, 2011 3:11:00 PM

iyelah, rege tak mampu milik botol² branded tu sume..hukhuk, kesian mak kan..

Tuesday, March 15, 2011 3:14:00 PM

tu la naper nk tgu thn dpn br nk haramkn ek..dh kata risiko tgi..tk semestinya brand mhl2..ada gk yg murah cuma tk byk stok je...okla tu 3 botol rm12.90..eh rm12.90 tu utk 1 ke utk 3 botol??

Tuesday, March 15, 2011 3:17:00 PM

@mama tisya
kak, rm12.90 tu tuk 3 biji botol

Tuesday, March 15, 2011 3:23:00 PM

dulu msa beli mmg tk nmpk lgpon brand lain kuar bpa free kecuali MAM, avent n tommi tippi..semua mahal..now dh ada byk oklah..sng pilih ikut kemampuan..haitu msa beli jusco sale+bby fair tau..2botol dpt rm38 sajok..xde la mahai sgt..kalo tkde sale 2 tu skrg ni mak pon tak mampu. hahahaha

Tuesday, March 15, 2011 3:28:00 PM

ini sudah bagus jan... siap ada info... senang akk nak ganti yg len...

Tuesday, March 15, 2011 3:29:00 PM

balik ni nak g cari gak la

Tuesday, March 15, 2011 3:48:00 PM

hahha esok snap
gmbo botol taw huhu

Tuesday, March 15, 2011 3:57:00 PM

eh murah la tu kan
xperlu mahal2 pun
janji BPA free

Tuesday, March 15, 2011 4:01:00 PM

Bagus3x...pantas bertindak ^_^

Ala...nnt dpt duit nanang bley beli botol AVENT BPA free.

Tuesday, March 15, 2011 4:41:00 PM

avent ke event ke janji bpa free....dok gitu?

Tuesday, March 15, 2011 5:07:00 PM

saya pun sama lah..yg kat mah pengasuh tu kena suh dia buang la..

Tuesday, March 15, 2011 5:28:00 PM

bagus..tindakan serta merta tak bertangguh! lmbt beno tunggu tahun depan kan..syabas~

Tuesday, March 15, 2011 5:41:00 PM

terpikir gak kenapa kerajaan amik masa yg laa utk haramkan penggunaan botol susu jenis ni. dah tahu merbahaya, baik haramkan serta merta

Tuesday, March 15, 2011 6:57:00 PM

bagus2...
alaa.. aku dh terbayang dah botoi tuhh.. sorang sepasang dgn anak2 aku.. hahaha...

Tuesday, March 15, 2011 7:18:00 PM

sampai pemilihan botol susu pun dah x selamat .. huhu sib baik dah x beranak kecik huhuhu

Tuesday, March 15, 2011 10:02:00 PM

mmm... slama ni mmg pakai botol biasa je... bila check... kompom PC no.7... tapi akak mmg tukar botol anak tiap 5-6 bulan... klu dah calar je sure buang... ganti baru... tak ingat sape ajar... tp mmg akak ganti slalu... insyaAllah lepas ni ganti la yg BPA free... tp senak gak kot nak beli botol ganti ni... sbb Luqman guna 3 botol... pastu Nayli pun guna lg 2 botol... haih... 5 biji skali nak beli... :(

Tuesday, March 15, 2011 11:15:00 PM

tu lah pasal . dah lah ada baby kat rumah ni .

Wednesday, March 16, 2011 6:16:00 AM

Jangan pandang botol susu jerk.. Botol2 lain kena check gak.

Bahan plastik mana yang selamat dan yang harus sekali pakai misalnya.

1. Bahan yang berkod 1, 3, 6, dan 7 (PC) harus digunakan sekali pakai kerana memiliki bahaya secara kimia.

2. Bahan yang berkod 2, 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS) selamat digunakan

Wednesday, March 16, 2011 9:01:00 AM

ok kakak..sy simpan info ni...sok dh ada anak senang..hehehe

mekaseh kakak share info ni..

Wednesday, March 16, 2011 10:40:00 AM

ade banyak botol free bpa yang murah2 wei. si kakak aku bg botol murah2 je. yg adik je bagi mam n avent sebab dia baby tecik lg. dah besar sket baru leh pakai botol biasa

Wednesday, March 16, 2011 12:08:00 PM

zan, avent BPA free ke tak eh? tgk bwh botol xde logo apa2 pun. tp baru ni (x baru sgt thn lepas) akak bli utk bby akak ni, botol avent tu kaler kuning.
pernah dgr/baca avent x BPA free. or dorang dh improvise that's why botol dia kaler kuning kot..

Post a Comment