Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenola Diharamkan Mulai 1 Mac 2012



PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Berikut adalah kesan buruk BPA:

Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir

Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak

Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan

Masalah kegemukan atau obesiti

Kecacatan pada bayi baru lahir

Menambahkan risiko kematian bayi

Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya

Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung

Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif

Sila Cek Botol Susu Anak Anda..No 7, Mesti Ada BPA


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama

sumber dari Blog Ni...
hurmm...aneh, naper nak tunggu tahun depan baru nak diharamkan...naper tak diharamkan serta merta...ishh...tak paham la...se lagi, aku tak tau camner nak kenal pasti botol susu yang telah diharamkan ni...ada sesapa yang tahu...leh bitau cap apa tak???

22 comments

Tuesday, March 15, 2011 8:26:00 AM

betul2..
tang yg last tuh kompius sikit...
tahun depan baru nak di kuatkuasakan...

baik kita kuatkasakan sndri demi kesihatan anak2...ye dak..:D

Tuesday, March 15, 2011 8:27:00 AM

btol susu yg takde tulis FREE BPA tu la yg diharamkan...tu semua berkimia..

kalo yg free BPA dia mmg akan tulis kat kotak..huhu.. mahal sikit la dr yg biasa..tp free bpa ni sebab tk berkimia kan so, mslh botolnya cpt kuning..tksama cm yg ada BPA..huuhu botol darwisy habis kuning.kna cri lain ni.pastu botol dia bukan jernih kalo free bpa ni..dia cm kabur2 sikit plastik dia

Tuesday, March 15, 2011 8:44:00 AM

hi kak

ckp ngn saiful dia ada 2 saman da bayar belum

hahahahahahhaha


bye

Tuesday, March 15, 2011 9:03:00 AM

tu yg prblemnya, dah tau bottle BPA tue tak elok tuk kanak-kanak, nak gak tunggu nx year.

reason nak kasik kilang2 buat botol ni beli material baru tuk produce BPA-free bottle.

mner la yg lebih pentingm kesihtan kanak-kanak or kerugian yg bakal dialami oleh kilang2 tue.. eriii geram btl

Tuesday, March 15, 2011 9:07:00 AM

tu laaa... nape la tak haramkan terus.. takde la orang macam saya yg tak tau camne nak kenal pasti ada bpa dgn tkde bpa ni tersalah beli.. haihhhh

Tuesday, March 15, 2011 9:12:00 AM

thanks.....berkongsi info....

Tuesday, March 15, 2011 9:15:00 AM

seb baik semua botol susu echa rina beli yg BPA free punye..kalau nak kenal pasti botol susu yg BPA free, jenis botol dia seakan akan plastik tu..

Tuesday, March 15, 2011 9:19:00 AM

free BPA... kena beli yg mahai la pasni...

pesal tak bgtau awal2 ..skrg br nk haramkan...

Tuesday, March 15, 2011 9:22:00 AM

macam mana nak tahu tu botol susu BPA?

Tuesday, March 15, 2011 9:33:00 AM

botol BPA free dia lebih kusam/pudar skit dia tak jernih mcm botol2 biasa yg ada BPA dan harganya mahal sediktla.Botol BPA lak botolnya kelihatan lebih cantik,murah dan lebih cerahla sering menjadi kegemaran ibu2.boleh tgk kat bawah botol tu ade label spt dinyatakan kt ats.botol BPA ni jenis samala mcm botol air mineral bagai dimana hanya boleh digunakan sekali je kira pakai buang sbb mmg membahayakn..menda ni dah lama dah diperjuangkan mintak diharamkan,kat obersi diorang mmg mengharamkan penggunaannya..alasan diberikan amik tempoh setahun sbb nk buat secara berperingkat..apapun jika anda sudah sdar n mengetahuinya silalah bertukar kpd botol susu yg lebih baik..bila difikirkan balik penyusuan susu ibu gak adalah yg terbaik dan dpt mengurangkan risiko keracunan mcm ni.

Tuesday, March 15, 2011 9:34:00 AM

mmm... baru nak tulis psl botol susu ni... nak cari info brand ape botol susu yg polikarbonat ni... tp tak dpt lagi... mmm... nak tukar botol la pulak.. haih... duit lagi...

Tuesday, March 15, 2011 10:02:00 AM

tu ar kan... tunjuk je la ape jenisnya..

Tuesday, March 15, 2011 10:05:00 AM

negara maju lain dh LAMA haramkan dahhh.. kita nk tgu thn 2012 pejadahnyaaa.. alasannya, kem kesihatan ckp blom cukup bukti menunjukkan BPA tu mmg beri kesan terhadap pengguna...
pale otak dia la.. rujuk la kat negara yg dh haramkan sume2 tu..
lembap!!!

Tuesday, March 15, 2011 10:13:00 AM

tu le....takut plak tgk tv semalam....tuk baby baru ni lieya beli online jek...beli avent ngan botol MAM....mcm2 hal zaman skrang kan...mane2 pun ade masalah bhn kimia....

Tuesday, March 15, 2011 10:44:00 AM

amat dilema bagi parent kat luar sana nie. nasib baik arnab kusing aku x minum susu guna botol. hahahaa

Tuesday, March 15, 2011 11:34:00 AM

tu lah, nape x haramkan dari sekarang kalu dah tau x bagus kan??... isksiksisk

Tuesday, March 15, 2011 12:10:00 PM

tak ke bodoh? thn dpn baru nak kuatkuasa? haprak! wahai kawan-kawan, sila tuka bpa free botol susu....klu boleh, pki kaca tu lebih baik!


err, kat umah pun, jgn simpan air sejuk dlm bekas plastik. ley kene kanser tau. menyebabkan mandul jugak! merbahaya! nanti tak de zuriat...mari kita amalkan guna kaca!


sekian....

Tuesday, March 15, 2011 12:30:00 PM

macam mana nak besa angah pening la cik motttt

Tuesday, March 15, 2011 12:43:00 PM

tutup kilang la botol yg ada BPA tu nanti..ekekeke..

Tuesday, March 15, 2011 12:50:00 PM

kalo kat botol susu ade logo 1-7 mcm yg kat atas tu..maknenye botol tu ade BPA la yerk...

Tuesday, March 15, 2011 2:39:00 PM

haah kan pelik awat thn depan??
nape tak la ni

Monday, March 21, 2011 12:09:00 PM

aku rasa haram tahun depn sbb nak bagi habiskan stok2 kt mall, atau suping2 kompleks tuh kot..rasanya aku rasa..tp better kita beli yg bpa free nih..aku pn ada beli cap anak ku n disney mmg bpa free...then...order avent (ala beli yg 4 botol ..share ngn kengkawan kt pejabt..sorang dua btol..

Post a Comment