Thursday, March 3, 2011

Cuti Hari Tu, Aku Ke LPPKN Mendapatkan Kaunseling


hurmm...adalah hari tu...aku pun dah lupa hari apa...aku dan suami ke klinik LPPKN di kl sana dengan tujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan dengan kaedah perancangan keluarga yang sesuai...ok, selama ni aku guna kaedah yang ke 11 ni...seperti yang tertera di bawah ni...hurmm...sebelum tu kalu korang nak tau berkenaan kaedah yang boleh digunakan tuk merancang keluarga ni...sila baca DI SINI...ekseli ketua pengarah LPPKN ni isteri kepada bos lama aku yang dah jadi pilot kat AirAsia sana...pernahlah berkali² p umah depa...dan tiap bulan masa jadi PA bos lama ni, sure dapat majalah or brochure dari LPPKN tu...hehehe...



11.Kaedah berkala (Perancangan Keluarga Semulajadi)
*Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.

*Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.

*Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).

*Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan.

*Ujian yang boleh ditentukan untuk menentukan waktu ovulasi.

(i) Merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi. Kenaikan setengah darjah Fahrenheit merupakan petanda ovulasi berlaku.
(ii) Melihat perubahan pada mukus serviks. Mukus biasanya kurang melekit, lebih berair dan berbau semasa ovulasi berlaku.

*Peratus kegagalan: 20%
tapi kan...skang aku ingat aku nak try kaedah yang ke 4 ni...kata orang, kalu tak kena dengan hormon badan sendiri, bleh menambah berat badan...erkkk...ni yang aku takut ni...sebabnya senang sungguh aku nak memberat...tapi nak meringan plak amik masa yang agak lama jugak la...sob sob...kak ngah aku dia amik implanon tu...dan skang dia dah bukak pun implanon tu..dan tak masukkan pun yang baru sebab dia memang plan nak ngandung tahun ni...sudahnya aku dengar skang dia dah alahan yang teruk, sampai masuk hospital sana...hurmm....ngeri aku kalu dapat alahan yang teruk sampai kena admit ward ni...arghh...takutnya....


4.Suntikan pencegah hamil
*Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.

*Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).

*Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.

*Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.

*Contoh: Depo Provera

*Peratus kegagalan: 1%
dan masa sesi kaunseling tu, aku tanyalah doc berkenaan dengan kaedah memakai implanon tu...kata doc, kena try amik suntikan dulu...kalu badan rasi dan tak menolak suntikan tu...mean takde pening² sampai muntah ke apa...barulah leh pakai implanon tu...aku dengar penerangan doc gitu dah jadi cam takut² berani dah...hurmm....tapi kena gak la, demi merancang keluarga yang cemerlang dan gemilang pada masa akan datang....

so nak tanya korang...korang skang guna kaedah yang mana satu??? aku sure, mesti rata² dan ramai yang guna kaedah yang ke 11 ni...tapi kena betul² la, salah sikit, nampaknya positif la berita yang akan diterima...hehehe...

24 comments

Thursday, March 03, 2011 8:26:00 AM

kakak aku penah amik yg suntikan tu

pening muntah pening muntah teruk jugak la few months terus berhenti

Thursday, March 03, 2011 8:35:00 AM

lum kawen..jd xamik mn2 kaedah...hikhik..

Thursday, March 03, 2011 8:43:00 AM

masa awal2 kawen smpai sekarang dok guna kaedah makan pil...tu pn tak sll..selang2 bulan hehe takmo ahh suntik2 takut jarum hahaa...

Thursday, March 03, 2011 8:46:00 AM

izan amik kaedah suntikan tu dan mmg xde side effect.kira serasi la,ni tahun ke 5 izan amik..amik sejak fasya lahir dulu... tak sakit langsung pun masa suntik hehe...sikit aje.izan amik lps consultation dgn doktor, ye la,kita tak bley amik sebarangan,kena mintak nasihat pakar..

Thursday, March 03, 2011 8:47:00 AM

tak penah amik ubat or suntikan, guna kaedah semulajadi je, heheeh :)

Thursday, March 03, 2011 8:47:00 AM

sy mkn pil...bg sy tu plg selamat huhu...biarlah badan jadi mcm belon yg penting tak membuncit tanpa dirancang...:-)

Thursday, March 03, 2011 8:51:00 AM

nak komen tak ex? hmmm

in future cam ner plak nanti CM? takut bila dah amalkan payah nak dapat baby plak kan. cam akak saya, sbb amalkan suntikan nie (awal kawin dua2 sbg study), sampai skrg x dapat baby wpun dah bertaun tinggal suntikan. pepun rezki dari Allah kan..

Thursday, March 03, 2011 8:52:00 AM

nak try gak kaedah yg suntikan or implan..tapi bila tnya member2 cam2 dorang cite..jadi cam takut2 lak..

skg ni still lagi guna kaedah yg ke 11..harap2 tak tersangkut la dulu..hehe

Thursday, March 03, 2011 8:53:00 AM

kena try sulu suntikan tu baru tahu serasi ke tak ngan hormon kita...

mcm akak tak serasi... berat badan naik... water retention sampai sembab muka... dah nya tukar amik pil... kena disiplin je la...

nak rancang semulajadi... mmm tak payah la... akak kategori subur yg amat... tak tunggu 12 hari sampai 16 hari tu pun... bebila pun bole lekat ;p

Thursday, March 03, 2011 8:58:00 AM

yg suntikan tu, ade yg naik berat. ade yang turun. ade kwn kte yg jadik kurus kering pas suntik kan. benti je bdn terus naik.

aku ambik suntikan. baru 1st shot last week. sakit hoi kena cucuk kat bontot. sehari sengal kaki. nak tdo takleh ngiring. manja betul bontot aku ni

tak tau lagi camne n ape efek. nantikan

Thursday, March 03, 2011 9:15:00 AM

info best ni,nak kwin la cpt2 ni sis.ehehee

Thursday, March 03, 2011 9:49:00 AM

aku secara semulajadi ...tp tak pancut dlm (kenyataan lucah ckit)

bila dah plan nk bg adek kat fahim awl tahun ari tuh ...dah start memancut ... terus tak period ...hehehe

nantikan kesahihannye

Thursday, March 03, 2011 9:53:00 AM

aku mmg xpakai apa2 pon
semulajadi hehhe

Thursday, March 03, 2011 9:55:00 AM

Ada side effect gak pakai implano ni yer, baru aku tau.

Aku pakai natural planning jer, tak kuasa aku nak cucuk atau makan ubat, dah lah aku jenis susah nak makan ubat. Ada gak kalau mkn pil perancang nih badan bley naik, ikut kesesuaian kot.

Thursday, March 03, 2011 10:07:00 AM

huhuhuh..saya pun kaedah semulajadi..tak berani nak ambik risiko..huhuhu

Thursday, March 03, 2011 10:21:00 AM

alkaedahnye sy tak kawen lg cikmot.. haha

p/s: dl sy practical kat LPPKN, dh lm tak g sn.. huhu

Thursday, March 03, 2011 10:21:00 AM

saspen ja tajuk tau..oo ya ka..bagus2..aku sokong kaedah yg ke 11 tuh..aku pun gitu je...dari kak pia hingga la safiiy ammar...tak penah cucuk2 semua tuh..takutttt...

Thursday, March 03, 2011 10:24:00 AM

sy amik suntikan depo da setahun.. berat bdn maintain tapi masalahnyer langsung x dtg period.. pasni nk stop.. nk try mkn pill plak

Thursday, March 03, 2011 10:26:00 AM

lieya dulu penah amik pil kak...badan mmgnaik laaa...so berenti n amik depo tu....period tunggang langgang...nak neutral balik tuk preggy balik pun lambat...so lepas ni nak rancang semula jadi jek laaaa......penat laa sedekah bontot kene cucuk jek hahahaha

Thursday, March 03, 2011 10:37:00 AM

saya cucuk depo dari 2009 sampai skrg. hmmm actly migrain mmg sokmo la. cuma kadang2 je la. bukan selalu. tapi apa nak kata. tu yg kita nak. badan now makin naik makin naik makin naik. so far kena bersabar sbb ni je pilihan yg sesuai. huhuhuu. tak mo makan ubat. takut lupa

Thursday, March 03, 2011 10:54:00 AM

tak guna kaedah apa-apa, tapi tak ngandung lagi pun..anak 1st 3 tahun dah..huhu

Thursday, March 03, 2011 11:00:00 AM

erm.. rata2 my fren makan maajun.. ada yg 4-5 tahun dah makan.. alhamdulillah ok

maajun anggun bestari.. tryla

nana pun makan..tp dlm masa yg sama kene berhati2 gak ngan kaedah semulajadi

Thursday, March 03, 2011 11:20:00 AM

lepas beranak aqeef x amik perancang ape²,sendiri mau ingat je,hehe..tp skarang dah tak rancang²,plan nak baby lagi,tp lom ade rezeki,huhu..

Thursday, March 03, 2011 3:06:00 PM

angah tak ambil apa 2 pun kalau ada rezeki ada la... hehehee

Post a Comment