Friday, May 20, 2011

Kemelut Yang Bakal Melanda...Harga Susu Dutch Lady Akan Naik Bulan Hadapan...Adehh...


petikan drp Berita Harian :

DUTCH Lady Milk Industries Bhd akan menaikkan harga produknya antara lima hingga enam peratus secara berperingkat mulai bulan depan.

Pengarah Urusannya, Bas van den Berg, berkata kenaikan itu terpaksa dilakukan bagi menampung kenaikan kos susulan peningkatan tinggi harga bahan mentah tenusu dunia yang dijangkakan meningkat sehingga 29 peratus lagi tahun ini selepas peningkatan 27 peratus tahun lalu.

Beliau menjelaskan, kenaikan harga bahan mentah tenusu itu berikutan peningkatan permintaan di negara pasaran sedang berkembang dan perubahan persekitaran di negara pengeksport yang meningkatkan kos pengeluarannya. “Di samping menaikkan secara berperingkat harga, syarikat itu juga akan meningkatkan lagi kecekapan operasi bagi menampung sebahagian kesan kenaikan kos bahan mentah berkenaan, ” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Petaling Jaya, semalam.

hurmm...dalam dilema lagi...haruskah aku membuat penghijrahan lagi???atau pasrah dengan kenaikan ini...huwaaa....yang pasti aku terkasima...seme nak naik...ujan jek yang turun tak naik²...eh ada kena mengena ke...bila ujan mau turun ni....sob sob....

14 comments

Friday, May 20, 2011 10:50:00 AM

mmg stress wei
sume benda naik
gaji jek tak naik2

Friday, May 20, 2011 10:51:00 AM

ADOIII semua nak naik, ni yg bengang ni!

Friday, May 20, 2011 10:51:00 AM

uiks naik lg....sejak2 tukar pakaging br la start naik kn..akak pn dh tukar susu lain...hehehe

Friday, May 20, 2011 10:57:00 AM

aku tgk anmum pun naik mencanak .. sampai RM 75 dah kan...gilo ...huhu

Friday, May 20, 2011 11:07:00 AM

sib baik dumex dugro tak naik lagi hehe...mungkin minyak naik kot tu yang semua brg nak naik...

Friday, May 20, 2011 11:13:00 AM

skang ni aku tak terasa beban lg
sebab damia dah xmnm susu
esok2 nak tambah anak
sure terasa

Friday, May 20, 2011 11:26:00 AM

huwaaa.. camtu plak ke?..aduhai..bertmbh la perbelajaan nntinya..anak minum susu tu..huuu~ redha jerlah..susu lain lagi mahai..ngee..

Friday, May 20, 2011 11:40:00 AM

sedihnye....tp kan, org yahudi ajar kite minum susu. tp yahudi sendiri minum susu kambing sbb die mencontohi kebijaksanaan rasulullah...ouh, betapa bijak bangsa yahudi itu!

Friday, May 20, 2011 11:40:00 AM

tensen weiii izan...
nak hijrah susu lain pon, takut anak takmo minum plok...
last2, redho jerkla... huhu...

Friday, May 20, 2011 12:50:00 PM

lpeasni kurangkan lah minum air yang bersusu..okay

Friday, May 20, 2011 1:04:00 PM

anak munna yang pertama dah berhenti minum susu Dutch Lady ni... yg kedua ni baru nak cuba bagi FM kat dia sebab susu badan dah mula berkurang... kena cari susu lain lah pula lepas ni

Friday, May 20, 2011 2:51:00 PM

baik nya dutch lady... siap britau nak naikkan rege... tengok la susu-susu lain pun naik gak lepas ni... tapi senyap-senyap je... tukar packaging... terus tukar rege... mcm Anmum... :(

Friday, May 20, 2011 3:15:00 PM

Sumanya nak naik, parah lah mcm nih. Harga naik, tapi kuatiti susu dlm tu makin susut.

Saturday, May 21, 2011 10:40:00 AM

Naik lagi ker..aduh..teruk gak ni..dulu ade gak buat extra 100g tapi skang ni dah tak de dah..

Post a Comment