Tuesday, May 31, 2011

Lepas Abis Nora Elena, Pe Kata Wat Drama Dari Adaptasi Novel ANDAI ITU TAKDIRNYA Plak...Ok Tak???


ok, skang aku rasa terpanggil nak bercerita tentang fenomena drama yang sedang hot bermain di kaca tb setiap isnin hingga khamis jam 7 hingga 8 malam tu...eh di TV3...drama apa lagi kalu bukan drama NORA ELENA yang di adaptasi LONGGAR dari novel KASIH YANG SUCI...sesape yang dah baca novel ni tau lah sebab apa dikatakan adaptasi longgar...dah longgar kan, so janganlah korang harap 100% sama cam kat novel tu...hahaha...kan kan...tul dak...

aku rasa ramai yang menunggu² drama ni setiap petang kan...gitu jugak aku...sampai maghrib pun terlajak selepas jam 8 malam...adehh...siyes, dah lama aku tak layan drama slot AKASIA ni...last pun drama Chinta kut...sebab lepas tu aku rasa cam takde dah drama yang leh menarik aku dok depan tb pada setiap petang...ritu dok layan drama kejora dan bintang...lepas abis jek drama tu, aku tak jadi penunggu setia dah...hahaha...

ekseli aku dah lama baca novel ni...tapi ingat² lupa...masa tu seingat aku tahun 2008-2009 la kut...yelah dah banyak baca bermacam² jenis novel kan...so kadang jalan cerita dan watak pun kita terlupa...nak ingat balik kena baca sinopsis barulah dapat flashback semula citer yang dibaca...kalu idak, sure tak ingat...terkeliru pun ada....

rasa aku drama NORA ELENA ni akan berlarutan hingga ke episod 24 kut...sampailah nora mengandung, melahirkan anak dan anak derang kena culik ngan Yvonne tu...sib baik anak yang bernama Qadri tu tak apa²...eh ni citer dari dalam novel tau...tak surelah dalam drama ada ke dak babak ni...yang pasti babak depa p honyemoon kat Cameron tu ada...maybe tuk tayangan hari ni, esok atau lusa kut...hehehe, tak sabar nak nengok time ni dimana ELENA hanyut di dalam cinta suci seth...ekekeke...

(^____^)

lepas abis drama ni kan, aku harap sangat akan wujud lagi drama yang diadaptasi dari novel ni...kalu filem tak berapa best, sebab jalan citer tak panjang...so baik wat drama...sure rating mencanak naik la kan...ye ar, kalu drama yang di adaptasi dari novel sure best punya...cadang aku lepas ni wat ar drama dari novel ANDAI ITU TAKDIRNYA karya Siti Rosmizah..sure meletup² la...baca sinopsis pun dah meluap² nak miliki novel ni sebagai koleksi terkini kan...hahaha...
Aleya telah lama menyimpan perasaan pada Syed Aizril yang merupakan seorang jejaka tampan anak salah seorang tokoh korporat yang juga merupakan rakan kuliahnya di United Kingdom. Syed Aizril juga menyimpan perasaan pada Aleya, tetapi kerana sikapnya yang ego dan mementingkan darjat telah menutup getaran rasanya sendiri.

Kerana hasad dengki seseorang telah menyatukan mereka berdua namun sebuah perkahwinan bagaikan neraka buat Aleya kerana bersuami Syed Aizril yang ego, pemarah dan tak berhati perut. Pelbagai perkara dilakukakan sehingga merampas permata berharganya tanpa rela. Aleya terpaksa mendengar cemuhan dan hinaan sekeliling kerana menjadi balu sebelum masanya dan anak yg bakal dilahirkan menjadi yatim sebelum masanya. Namun Aleya masih bernasib baik kerana anaknya selama dilahirkan.

Tatkala Aleya ingin meneruskan hidup bersama anaknya, dia terpaksa pulang semula ke mahligai milik suaminya demi anaknya Dania. Kebahagiaannya hanya sementara, akibat hasad dengki dan khianat serta ego dan kemarahan, Aleya di uji sekali lagi sehingga dia tidak mampu bertahan lagi. Namun mereka sekali lagi tidak dapat dipisahkan kerana Aleya disahkan mengandung. Pelbagai perkara dilakukan oleh Syed Aizril untuk menebus kesalahannya semula terhadap Aleya. Akhirnya Aleya kembali semula kerana hidupnya hanya untuk Syed Aizril dan kebahagiaan anak-anaknya dimahligai itu.

Dugaan dan cubaan masih menjadi permainan hidup Aleya apabila Syed Aizril sekali lagi diuji keikhlasannya oleh sepupunya yang telah lama menyintainya. Namun kebahagiaan tetap milik mereka berdua berkat doa seorang isteri yang solehah dan yang selalu mendoakan kebahagiaan yang berkekalan.

dan satu lagi novel karya Siti Rosmizah yang aku dah baca novel CINTA KAU DAN AKU...arghh baca novel ni mampu buatkan aku menangis tau...maybe aku cengeng agaknya...tapi dalam suka ada duka...gitu gak jalan cerita novel ni...aku amik masa 2 malam gak la nak abiskan novel yang bermuka surat 684 ni...tapi pe pun thumbs up tu Siti Rosmizah...memang terbaik...kalu dijadikan drama sure meletup la...nak² pemilihan aktor kena dengan jalan cerita...hehehe...kalu aaron aziz lagi sekali pun apa salahnya kan...hahaha...

Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Mukasurat : 684 Halaman

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.
meh layan video ni meh...huhuhu...aku nampak derang p cameron...yey...


notadijariku: bulan ni saja beringgit² malaysia aku habiskan semata nak beli novel sebagai koleksi peribadi...alahaii...huhuhu...

13 comments

Tuesday, May 31, 2011 2:10:00 PM

ann .. aku ada semua novel best2 nih .. cuma tak silap andai itu takdirnya tue dorg ada anak kembar ..sorg meninggal sakit tak silap ..

Tuesday, May 31, 2011 2:36:00 PM

akak mmg dah jatuh chenta dgn seth tan...
kol 7 konpem tercongok dpn tv... hehehe...

setuju klu novel andai itu takdirnya wat drama...
mmg best giler novel nih...
akak dah khatam 3 kali...
3 kali baca, 3 kali jgkla smp bengkak2 mata dan idung berair bagai... huhuhu....
sedih sgt novel nih....

Tuesday, May 31, 2011 2:50:00 PM

novel andai itu takdirnya.. mmg menangis 2 time baca.. dari part awal hingga ke akhir.. citer ni mmg sgt2 best... mmg geram sgt2 kat hero ni... dan sgt2 respek kat aleya... sbb hati dia mmg pnuh kesabaran... lya baca smpai bengkak mata.. mmg sebak kat dada.. kalo jd drama, lg best drp nora elena...

Tuesday, May 31, 2011 3:06:00 PM

Aku pon layan citer ni. Memang best.

Novel pon dah lama tak baca & tak beli. Klo beli pon memang tak der masa nak baca.

Tuesday, May 31, 2011 4:39:00 PM

aku tak sabar nak tengok nora lemas dalam pelukan seth.. wakakaka

Tuesday, May 31, 2011 5:00:00 PM

kite dah baca dua2 novel tu,

thumb up!

sangat seronok, kalau wat drama mesti best, :)

Tuesday, May 31, 2011 6:15:00 PM

aarrggghhh tidakkkk... sy tak bleh baca novel, terlalu pjg buat sy yg rajin ni.. muahahaha

drama ni pun jrg dpt tgk.. huhu

Tuesday, May 31, 2011 7:11:00 PM

et dah lama xlayan novel...nnti xjadi keje lain...huhu...
kalo ada wat drama bersiri cam nora elena mmg bagus sgt la...

Tuesday, May 31, 2011 11:49:00 PM

tak sukalah tayangan dia waktu magrib,memang lara tol la..

sebab aaron tu y sanggup sampai kul 8 tunggu =)

Friday, June 10, 2011 3:55:00 PM

aku da bace da novel cinta kau dan aku tu.mmg best!tp klu nk buat drama aku rase yg sesuai jadi risya tu ialah farahdhiya.sbb dia pandai belakon watak tomboy.lgi pun dia putih gebu.sama mcm risya tu.korang setuju x dgn pendpt aku?

Friday, June 10, 2011 3:58:00 PM

aku da bace da novel cinta kau dan aku tu.mmg best!klu aaron aziz jd farish hakimi pun boleh.tp klu risya tu aku rasa farahdhiya sesuai.sbb dia boleh bawak watak tomboy.lagipun dia kan putih gebu.sama mcm risya tu.korang setuju x dgn pendpt aku?

Friday, June 10, 2011 4:02:00 PM

aku da bce da novel CINTA KAU DAN AKU tu.mmg best!klu aaron aziz jd farish hakimi pun bole.tp klu yg jd risya tu aku rasa farahdhiya sesuai.sbb dia bole bwk watak sbg tomboy.lagipun dia kan putih gebu samalah dgn watak risya tu :)korag setuju x dgn pendpt aku?

Tuesday, February 14, 2012 4:02:00 PM

Dah baca Novel Andai Itu Takdirnya, memang best. Dah 2 kali baca. Nangis2 baca novel ni

Post a Comment