Monday, June 20, 2011

Bapaku..Suamiku...Bapa Kepada Anak-Anakku


hurmm...baca akhbar pagi ni, tak tau la apa perasaan aku...sedih pun ada...terasa cam dunia semakin tua...semakin ke penghujungnya...banyak tul kejadian yang tidak diingini berlaku...bunuh membunuh...ragut, rompak...buang anak...dan paling terbaru ni...bapa bersekedudukan dengan anak KANDUNG...hingga melahirkan 3 anak...wtf...seorang ayah yang dianggap pelindung kepada si anak tetapi berlaku sebaliknya...ni kes cam haruan makan anak la...adehh...terkasima aku ni weii...tak tau nak kata per lagi...hukuman yang dijatuhkan pun tak berbaloi aku rasa...kalu seorang anak maybe diklasifikasikan sebagai kes rogol...tapi ni 3 orang...sure anak ni dah anggap cam bapak dia somi dia...alahaii..sempitnya fikiran si anak...haihh...

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

sumber dari: Metro Online
notadijariku: teringat kat episod dalam imam muda...tugasan yang diberi memandikan jenazah yang berisiko tinggi...jenazah yang tidak dituntut terutamanya jenazah yang mati kerana HIV...hurmm...seingat aku dulu, aku pernah menjejakan kaki kat tanah perkuburan islam kl-karak yang terletak kat taman batu muda tu..masa tu ada pengebumian anak sedara hubby...dan masa tu ada ternampak van jenazah dari pihak hospital...yang membawa dalam 2-3 orang jenazah...terdetik di hati aku...apa masalah jenazah ni...sebab masa sampai kat kubur, terus dikebumikan dan siap jek proses pengebumian, kubur deme tu ditinggal sepi...eh pelik...risik punya risik...rupanya jenazah tu kategori seperti yang aku katakan tu...sian kan, tanpa bacaan talkin semua tapi syukur kerana masih ada orang yang sanggup menguruskan jenazah mereka secara sempurna mengikut adat islam...dan moga roh mereka diampunkan Allah....

9 comments

Monday, June 20, 2011 10:14:00 AM

tatau la klu anak pun tatau beza taraf bapa ngan suami....

Monday, June 20, 2011 10:40:00 AM

dunia dah akhir zaman...

Monday, June 20, 2011 10:42:00 AM

giler lah..eh biasa anak sumbang mahram akan sindrom kan..kesian anak2 yg dilahirkan tu

Monday, June 20, 2011 10:47:00 AM

Hukuman tak setimpal langsung dgn perbuatan.

Apa nak jadi lah...dunia akhir zaman.

Monday, June 20, 2011 10:55:00 AM

hukuman tu patutnye kenekan lagi berat..rase cam tak setimpal..

masyaallah, apelah nak jadi dgn dunia zaman sekarang..mnglah, dunia dah akhir zaman..perkara yang mustahil, dah tak jadi mustahil lagi..Nauzubillah..

Monday, June 20, 2011 10:58:00 AM

ITULAH.. SEDIHKAN DGN DUNIA SEKARANG..ANK & AYAH DH X KENAL HUBUNGAN..

DAN BKAITAN MAYAT X DITUNTUT PON... SEDIH JER KAN...

Monday, June 20, 2011 11:05:00 AM

ya Allah
gile ah
mintak dijauhkan benda2 gini dr kaum kerabat ku
aminnnnn

Monday, June 20, 2011 11:24:00 AM

ya allah...dah smpai 3 orng anak..budak tu pon xtau ke tu bapak die...
sian bdk2 kecik tu..subahanallah..

Monday, June 20, 2011 12:45:00 PM

kalau ikut hukum hudud nak buat ape?... patut tak dilaksanakan...

Post a Comment