Wednesday, June 22, 2011

Biar Rindu Berlalu


memang sah dah jadi fenomena dah ni.... dari novel dijadikan drama...
DRAMA BERSIRI 'BIAR RINDU BERLALU'

Saksikan 26 episod drama bersiri BIAR RINDU BERLALU adaptasi dari novel Sharifah Abu Salem di TV2 pada jam 9 malam setiap hari Rabu.

di adaptasi dari novel BIAR RINDU BERLALU karya Sharifah Abu Salem



Tajuk : Biar Rindu Berlalu
Pengarang : Sharifah Abu Salem
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-305-3
Mukasurat : 592 Halaman

Sinopsis belakang novel:
Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji untuk sehidup semati. Dan, kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.

Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua orang tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yang membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata-kata.

Mengenalimu merupakan kenangan pahit dalam hidupku,

namun ia juga adalah saat terindah

yang tak mungkin dapat kutemui sampai bila-bila...

Di saat kemelut dan persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan... apabila musibah datang menimpa, Nasrul didera rasa bersalah. Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yang sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.
notadijariku: hurmm...kat tv2 ke???

8 comments

Wednesday, June 22, 2011 12:21:00 PM

ermmm... trend skarang..adaptasi dr novel.. tv2??? dpt sambutan x???

Wednesday, June 22, 2011 12:43:00 PM

lama gile tak baca novel
ade 1 aku pinjam tak start2 lagi
huhuhuuu

Wednesday, June 22, 2011 12:43:00 PM

eh skrg ni byk drama adaptasi2 dr novel kan
musim kot

Wednesday, June 22, 2011 1:05:00 PM

pasni dh xyah beli novel..tgk drama adaptasi novel sudahhh

Wednesday, June 22, 2011 1:13:00 PM

betul2, lepas ni tgk drama je

Wednesday, June 22, 2011 1:17:00 PM

selalu kalau drama kt tv3 je meletup..kalau kt chanel lain mesti suam2 kuku je..

Wednesday, June 22, 2011 1:20:00 PM

hai cik mot...cik dah tgk gak citer ni skali skala..syg kan citer kat tv2..kalau tv3 mesti glemer cam nora elena gak...

Wednesday, June 22, 2011 2:00:00 PM

takpe la... akak baca balik je la novel tu nnt... SAS ni mmg koleksi wajib akak... ;p

Post a Comment