Friday, June 17, 2011

Surat Bantahan Buat Suami???Glamer Ko Wei


kak, ko tak leh marah aku...aku amik gambar dari gua dot com tu tau...

"Bantahan tu saya sebenarnya tujukan pada suami. Sebab saya sakit hati sangat dengannya. Dulu dia memang romantik tapi sekarang...

"Pernah juga bila dia tengah tengok tu saya perli dia tapi dia buat-buat tak tahu," kongsi Nora Ismail yang memberitahu entri tersebut ditulis selepas episod Cameron Highlands.

Seperti yang dijangka, suami macam biasa tidak memberi sebarang reaksi kepada tulisan isteri. Tulisan itu sebaliknya mendapat respon daripada mereka di luar sana.

Nora tidak menyangka tulisannya itu akan mendapat maklum balas yang begitu hebat, baik dari yang menyokong luahannya mahupun yang membangkangnya.

"Saya perasan mereka yang marah-marah tu kebanyakkannya anak-anak muda tetapi wanita yang dah berkahwin, mereka faham apa yang saya tuliskan. Ada juga yang tahu apa yang saya tulis itu untuk suka-suka saja," katanya.

Jika anda belum lagi dapat meneka, Nora ialah CikGeliGeli, pengarang 'surat bantahan' terhadap penyiaran drama bersiri 'Nora Elena'.

Suaminya Amir Izham, percaya atau tidak, peminat setia 'Nora Elena'. Bila ditanya, Amir tidak segan-silu mengakui antara sebab dia menyukai drama tersebut kerana ceritanya yang romantis. Dan watak kesukaannya, Aaron Aziz sebab "dia romantik".

Gara-gara sebab satu entri ini, cikgeligeli.blogspot.com yang dimulakan pada tahun 2008, merekod tontonan unik ('unique views') sehingga 30,000 dalam sehari berbanding 2,000 sebelum ini.

"Blog ini menceritakan kisah hidup saya, apa yang saya rasa. Tetapi selepas ini, saya tidak boleh sesuka hati tulis apa saja sebab ramai yang membaca, banyak mata yang memandang."

Buat Nora, GUA harap anda akan meneruskan penulisan anda 'in the same honest and objective vein'. Seperti tagline blog anda - Ini Bukan LUCAH! Ini Kenyataan!

korang baca sendirilah kat GUA...dia dah jadi retis dah...lepas ni nak jumpa dia pun kena wat appoinmeng...aiseymeng....susah ar gini....

16 comments

Friday, June 17, 2011 10:17:00 AM

hahaha gile ahh kawan aku ni ...
sekali ngan laki die glemer ....

nk minta otograp la ...

Friday, June 17, 2011 10:19:00 AM

pemes sudah ahkak geli kiter...
izan nak jumpa ahkak geli kene jmpa pa dia dlu ar... hehehe....

Friday, June 17, 2011 10:23:00 AM

@Zue AnnaLeeya

sape PA die kenit ke... kasi culik itu budak comey... hahaha

wei GUA bg adiah pe nora??

Friday, June 17, 2011 10:29:00 AM

dah buleh jadi retis dah cikgeli ni..hikhik.. tk pasal suami pon jd retis sekali :p

Friday, June 17, 2011 10:36:00 AM

hbt la kak nora!!!

Friday, June 17, 2011 10:44:00 AM

hahahah ......rezeki miss geli tu.

Friday, June 17, 2011 10:46:00 AM

Glamer nowa skang ☺☺

Friday, June 17, 2011 10:47:00 AM

rezeki melonjak biler buat surat tu kan...makin glamour!!!

Friday, June 17, 2011 10:53:00 AM

Best jgk baca surat beliau, haha

Friday, June 17, 2011 10:54:00 AM

kak sign sini. sambil selak baju

Friday, June 17, 2011 11:12:00 AM

cayalah ahkak nowa! hehehehhehehe i likeeee! :)

Friday, June 17, 2011 12:08:00 PM

wiu2..glemer sudah kak nowa kite hihihi...

Friday, June 17, 2011 12:11:00 PM

hahahahah! cayalah!

Friday, June 17, 2011 12:30:00 PM

dia nie sape .. ??

Friday, June 17, 2011 1:28:00 PM

glamer habess,... ^_^

Friday, June 17, 2011 3:07:00 PM

terbaik la... nak copy gak la kat gua menda nih... ;p

Post a Comment