Friday, July 1, 2011

Juara Imam Muda Musim Kedua-2011


alhamdulillah...akhirnya program Imam Muda yang bersiaran di Astro Oasis channel 106 telah sampai ke KEMUNCAKnya pada malam ini...ishh, ni buat aku tak sabar nak nengok...selalunya aku akan layan siaran ulangan...tapi malam ni rasanya boleh kut aku layan Live...hehehe....

sebab kan, dari musim pertama lagi aku dok layan program IM ni yang semakin hari semakin mendapat perhatian di hati masyarakat...dan pada malam ni aku rasa calon final IM ni hebat² belaka...IM Hassan yakni seorang pensyarah yang akan berentap dengan IM Nazrul pula seorang Guru Besar...dua² dalam bidang pendidikan...tentu hebat persembahan diorang malam ni sebagai mana hebatnya IM Ashraf satu masa dahulu...

so sebelum tu, meh kita nengok rupa finalist IM pada malam ni...

IMAM MUDA NAZRUL
Nazrul Izwan Zolkiflee,
26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar.
Selain gemar berkebun, Nazrul berbakat menyanyi.
Irama Nasyid menjadi pilihan.
Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja.
Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu
IMAM MUDA HASSAN
Hassan Adli Yahaya,
26 thn, Air Tawar, Perak.
Hassan adalah seorang Pensyarah.
Di waktu lapang Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam.
Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata
Hassan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu
so korang yang mengikuti program ni kan...rasanya saper yang bakal bergelar IMAM MUDA UNGGUL untuk musim yang kedua ni???kalu tanya aku, aku rasa IM Hassan sebab dari episod pertama lagi dia memang konsisten...tapi tak leh cakap gak kan...mana tau IM Nazrul buat kejutan...so sama-samalah kita saksikan pada malam ini di Astro Oasis...bersiaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur...

notadijariku: satu persatu rancangan tv yang boleh aku layan telah sampai ke kemuncaknya...aler, lepas ni nak layan citer apa plak ek...CSI NY 7 pun dah sampai finale week...sob sob...

6 comments

Friday, July 01, 2011 1:37:00 PM

tgk rancangan imam muda nie,mmg insaf la..tgk cara diorng pon sejuk je kan..

Friday, July 01, 2011 2:05:00 PM

last year aku tgk
tp tahun ni aku tgk final je la hehehe

Friday, July 01, 2011 3:03:00 PM

lps ni tgk ustazah pilihan lak..ehe
26thn da jd guru besar..hebat!!

Friday, July 01, 2011 3:32:00 PM

muda nye dah jadi guru besar kan...

Friday, July 01, 2011 3:46:00 PM

ermm dua2 akak sokong tapi kalau tgk dari keamatan akak suke imam hassan .. dan rasnya dia akan memang ! :)

huh CSI NY dah finale week ke ?? huhuh dah terlepas bebeerapa episod dah huhuh

Friday, July 01, 2011 4:19:00 PM

tahun nie x dpt tgk final

Post a Comment