Tuesday, July 5, 2011

Pr1ma-Tengok Orang Lain Beli Rumah...Aku Pun Nak Beli Jugak La



PUTRAJAYA 4 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 560 unit pangsapuri di Presint 11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (Pr1ma) akan dijual pada harga yang sudah didiskaun RM120,000 seunit.

Ia merupakan harga yang lebih rendah daripada harga rumah di bawah Program Pr1ma yang ditetapkan antara RM150,000 dan RM300,000.

Projek di Presint 11 yang akan dimajukan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. ini merupakan tapak pertama yang dikenal pasti di bawah fasa pertama Program Pr1ma itu.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, projek pertama itu akan menyediakan 560 unit pangsapuri di kawasan seluas 3.04 hektar (7.6 ekar) dengan keluasan 1,006 kaki persegi dan 815 kaki persegi.

"Projek perumahan ini akan dilengkapi dengan dewan serba guna, taska, tadika, surau, lot-lot perniagaan dan kedai,” katanya semasa berucap melancarkan fasa pertama Program Pr1ma di sini hari ini. -
Bernama
eh tertarik plak aku dengan program PR1MA ni...hurmm...macam menarik jek ni...banyak aset takpe kan...untuk pelaburan masa akan datang...lagi pun regenya takdelah membebankan sangat...eh cam teringin gak nak miliki sebuah..dapat sebuah pun jadilah...dalam kawasan putrajaya lagi tuuu...banyak leh wat ngan rumah tu, kalu sendiri takmo duduk...dapat wat guest house, rest house pun ok gak...tak pun jadikan umah sewa...hehehe....

bos, owhhh bos...saya nak pinjam duit RM120k...boleh????huhuhu...

15 comments

Tuesday, July 05, 2011 7:51:00 AM

Elok beli umah ni...Kira murahlah tu....Lagipun kat kawasan Putrajaya....hihihi Beli ler...

http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

Tuesday, July 05, 2011 7:52:00 AM

huhu rumah ni beli kena duduk..xblh disewakan..lps tu kalo nk jual kna tggu 1o tahun..

Tuesday, July 05, 2011 7:53:00 AM

@Cik Rose Cute
hehehe, tunggu bos kasi pinjam wang la...

Tuesday, July 05, 2011 7:54:00 AM

@MrS. F!zA
kalu cam gitu...beli, duduk, umah lain wat sewa la...huhuhu...

Tuesday, July 05, 2011 7:56:00 AM

bos bole bagi loan?... nak minjam jugak... ;p

Tuesday, July 05, 2011 8:13:00 AM

best ler kalo dpt...tgh cr umh gk ni..pening2

Tuesday, July 05, 2011 8:17:00 AM

ada byk gak syarat2 dia nak beli umah ni. Antaranya mesti tak penah beli umah lain.
TP oke la. RM120k sahaja.. Ssh dah nak dpt rumah ngan rega tu skang.

Tuesday, July 05, 2011 8:19:00 AM

beli jer...as a aset.. boleh sewa kerrr...hehe

Tuesday, July 05, 2011 8:31:00 AM

bestnya umah 120k....tapi tak bertanah yg ni kan....

dulu mazri q.....tapi dah pindah sini, tak tau la nama q tu ada lagi ke tak....nak beli umah kat sane pun kena ikut giliran...

Tuesday, July 05, 2011 8:33:00 AM

akak...tolong cop utk et sekali yer...hehe...syok kalo dpt tuh...

Tuesday, July 05, 2011 8:45:00 AM

huhu..tgk dia nk gaji 2500++.. mmg xlayak la.. gji ciput je..

Tuesday, July 05, 2011 9:22:00 AM

nape nak pinjam rm120k?

Tuesday, July 05, 2011 9:31:00 AM

sy nk beli! mtk2 ada rezeki

Tuesday, July 05, 2011 9:33:00 AM

kak ni wajib loan kerajaan ke loan bank ??klu gomen aku kena pindah dr kuarters .....sila maklum pd aku segera ..klu dpt loan bank ... mmg berbaloi sgt

Tuesday, July 05, 2011 9:53:00 AM

nak beli gak la.... bos izan, nak pinjam jugak RM12k

Post a Comment