Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah...Dapat Jugak Bonus Setengah Bulan Gaji


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber: Berita Harian

weee...datang keje pagi ni dengan senyuman...mana taknya aku sure masing² bersorak kegembiraan bila kerajaan umumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam...

tapi aku muskil disini...setengah bulan gaji pokok ke camner...atau setiap sorang still dapat RM500...
arghh...keliru plak aku...

pepun terima kasih atas bonus yang diberi...yey,kiranya isnin ni lah ek bonus tu masuk...ke camner...

lepas jugak bayar roadtax kereta...alhamdulillah...syukur atas nikmat yang Allah beri....amin...

20 comments

Tuesday, August 09, 2011 7:57:00 AM

kakak comey ...setengah bulan @ minimum RM 500 klu org gaji RM800 dpt la RM500

yg riban² tu kayo...kayo....

Tuesday, August 09, 2011 8:02:00 AM

@eima
owhh begitu...aku bukan apa, takmo mengharap lebih...pepun syukur...

harap2 bos up aku nye duit raya tahun ni...weeeEEEe....cehhh

Tuesday, August 09, 2011 8:02:00 AM

syukur Alhamdulillah

Tuesday, August 09, 2011 8:03:00 AM

@ZaNa aDieyZa
jum suping jum...hehehe...tetiba...duitnya tah kemana lagi...huhuhu

Tuesday, August 09, 2011 8:07:00 AM

rata2 penjawat awam tulis pasal ni dari smlm. hihi.

Apa pun Alhamdulillah...rezeki raya :D

Tuesday, August 09, 2011 8:09:00 AM

yeay sangat suke.. minggu ni leh la shopping ..yeyeye!!!!

Tuesday, August 09, 2011 8:21:00 AM

alhamdulillah..rezeki tu..msti happy kan..

Tuesday, August 09, 2011 8:21:00 AM

Alhamdulillah... Dapat beli baju raya anak2...

Tuesday, August 09, 2011 8:29:00 AM

yang akak paham... dia bagi setengah bulan... tp dia bayar rm500 dulu tengah bulan ni... rasa nya la masa dengar berita malam tadi... klu bagi terus lagi la bagus...

Tuesday, August 09, 2011 8:31:00 AM

alhamdullilah

Tuesday, August 09, 2011 8:36:00 AM

Alhamdulillah..rezeki akak n baby baru tu hehe...

meh2 share dgn izan hehe

Tuesday, August 09, 2011 8:49:00 AM

alhamdulillah..

gunakan sebaiknya dan ehemm..zakat pun jagn lupa noooo

Tuesday, August 09, 2011 8:51:00 AM

okla tu kak..dpt gak tambh duit utk raya ni.. sy swasta xde pun...hukhuk

Tuesday, August 09, 2011 8:56:00 AM

rezeki..amrul kira penjawat awam gak kan hehe

Tuesday, August 09, 2011 9:16:00 AM

alhamdulillah..tu pon kjaan nak bg..
stengah company langsung tak bg bonus..

Tuesday, August 09, 2011 9:25:00 AM

eh bkn ke yg minimum 500 tu maknanye sp gaji bwh 500 dpt la 500 tu..kan kan..dia ckp byr sparuh2 ke...tak bestla cmtu..

Tuesday, August 09, 2011 10:34:00 AM

like..like..like! hehe

Tuesday, August 09, 2011 10:49:00 AM

haa...dpt dah kan..
hehe..
tahniah!

Tuesday, August 09, 2011 10:59:00 AM

alhamdulillah syukur syukur

Tuesday, August 09, 2011 11:08:00 AM

aku pun baru tau....

wah rejeki....abah aku pun dpt la kiranye

Post a Comment