Tuesday, August 9, 2011

Satu-Satunya Kad Raya Pada Tahun Ini


ok, hari ni dah masuk hari ke 9 ramadhan...alhamdulillah, walaupun dah sah² tak penuh puasa pada tahun ni, tapi syukur padaMu ya Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepada aku sepanjang menjalani ibadah puasa pada kali ini...

hurmm...bila menjelangnya ramadhan, salah satu perkara yang aku suka buat satu ketika dahulu adalah menghantar kad raya untuk teman²...teringat masa zaman kanak² dulu sampai berlumba² dengan adik beradik yang lain, siapakah yang paling banyak menerima kad raya...seronok sangat kan time tu...nak² bila dapat kad raya yang ada muzik dari 'buah hati' pada ketika itu....

tapi zaman makin hari makin beredar...kad raya pun semakin dilupakan...orang kita sekarang lebih gemar menghantar kiriman sms, kad raya di internet sebagai pengganti diri untuk tanda kemaafan...dan tak salah kalu aku katakan yang kad raya dipandang sepi...aku rasa banyak sebab mengapa kad raya semakin dilupakan oleh kita² ni...salah satunya mungkin disebabkan kos setem yang perlu ditampal pada kad raya untuk dihantar ke destinasi yang dipilih...

kalu dulu setem berharga RM0.20 sen pun dah mencukupi untuk menghantar sekeping kad raya buat yang tersayang...tapi itu dulu, sekarang sekurang² nya memerlukan setem berharga RM0.80 sen ye tuk sekeping kad raya...dan ini adalah kadar rata untuk sekeping kad raya...mungkin dek kerana naiknya kos setem inilah yang membuatkan kita tidak berminat lagi untuk menghantar kad raya kepada teman² mahupun kepada mereka yang tersayang kan...arghh...kemudahan teknologi makin canggih kut...

tapi, tahun ni rasa gatal tangan plak aku nak antar kad raya buat suami nun di sana...bukannya tak boleh aku ucapkan dengan kata² tapi kadang² komunikasi bersama suami isteri memerlukan sekeping kad untuk meluahkan apa yang terbuku...arghh, dah kawin bertahun pun still malu nak ucapkan kata² romantik bila berhadapan...eh akulah tu...jadinya sebab itulah aku antar kad raya sebagai pengganti diri dan tanda ingatan dari seorang isteri...hehehe, cam lama tak jumpa jek kan...walhal hari² jumpa...

aler ni seme sebab terpesona ngan kata² romantik yang tertulis dalam kad raya tulah...tu yang gigih nak anto jugak buat si suami...dan tadi si suami sms, mengatakan dia dah terima kad raya dari aku...hehehe....suka suka...aku tak bitau dia pun yang aku nak anto kad raya tuk dia tu...

dan nilah satu²nya kad raya untuk si suami itu...amik ko, berderet setem amaun RM0.20 tuk jadikan RM0.80 sen...saper suh kenakan setem yang mahal...kalu murah, sure ramai yang akan amik masa anto kad raya cam dolu²...meriah yu ols...hehehe...dapat banyak baru leh gantung kan...

korang camner???ada tak anto kad raya tuk tahun ni...aler sekeping pun jadilah...hanya untuk dia yang tersayang...hehehe...

12 comments

Tuesday, August 09, 2011 11:49:00 AM

anum cuma send untuk keluarga sahaja
kawan2 semua by mail

Tuesday, August 09, 2011 12:08:00 PM

tetiap tahun aku wajib bg panjang sekeping ... bubuh dlm keta la ... letak peti surat umah la... selit dlm beg die ke ... hahaha

wlupun die tak reply tp semua kad die masih simpan sambil nganjing aku kat fahim ... ni sape tah pompuan poyo bg kad kat abah nih...hahhahah

Tuesday, August 09, 2011 12:16:00 PM

aloloo romantik gile
aku bkn xmo anta kt laki mak tu
dia tu kang lempar merata kt umah tu kang aku gk jenuh kutip
hahahaa

Tuesday, August 09, 2011 12:18:00 PM

dah tak beli kad raya nih...
skrg nih sms, emel jerk... hehhe...

Tuesday, August 09, 2011 12:19:00 PM

ttp rindu zaman dulu..penuh kad raya dpt.... skarang sebutir pon x dop..
:-(

Tuesday, August 09, 2011 12:59:00 PM

akak..bak alamat!!! siyes ni..

Tuesday, August 09, 2011 1:04:00 PM

izan masih pos kad raya hehe..smpai ke tgh laut nun..tp mmg 80sen ke kak srg nk pos?

Tuesday, August 09, 2011 2:00:00 PM

aloor dikkk dah lama x tgk kad raya dik .. selalu utk suami tuu maaf bermaafan pagi raya jeww ..
kalau akak hantar nie sure dia cakap membazir huhuhu ...
best kalau hubby satu kepala ngan kita kan :))

Tuesday, August 09, 2011 2:37:00 PM

Makin mahal erk setem, baru aku tau.

Hantar ecard jer.

Aku nak kad raya gak ☺☺☺

Tuesday, August 09, 2011 3:12:00 PM

eh... bukan 50sen je ke pos kad raya... terlebih tu sampai 80sen... rugi 30sen dah... ;p

Tuesday, August 09, 2011 3:44:00 PM

kite pung x dpt lg

Tuesday, August 09, 2011 4:19:00 PM

aku kena pos kalo nak anta kad raya ke hUBby?????

Post a Comment