Friday, August 19, 2011

Tol...Nasib Baik Dapat Diskaun Tau...Terubat Jugak Hatiku Ini


cam biasa...pepagi raban ni kena baca suratkhabar secara online dulu...nak tunggu naskah di opis lambat sangat..so kena cari online...sekali nengok kat muka dengan Berita Harian tu...ada citer sal diskaun tol di 24 lebuh raya yang terpilih...

mata terus melilau mencari lebuh raya yang bakal kami sekeluarga lalui pada musim perayaan nanti...
yess...sangat suka sangat suka...sebab laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan  Lebuh Raya KL-Karak (KLK) pun ada dalam senarai...so kena rancang semula la perjalanan pulang ke kampung nanti...

24 lebuh raya beri diskaun tol musim raya
Oleh Norakmah Mat Youb
2011/08/18
RAWANG: Pengguna di sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan diberikan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan dan cuti Aidilfitri serta Hari Kemerdekaan, mulai Khamis ini hingga 2 September.

Lima lebuh raya, iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) paling awal memberikan diskaun mulai Khamis ini.

Lebuh raya lain adalah Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya SMART, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE).Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA), Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP); Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Lebuh Raya KL-Kuala Selangor(LATAR) pula memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata sebanyak tujuh juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya berkenaan sepanjang tempoh diskaun membabitkan kos RM6.8 juta berbanding RM3 juta tahun lalu.

Beliau berkata, diskaun berkenaan adalah antara program tanggungjawab sosial sebanyak 22 syarikat konsesi, selain menghargai pengguna lebuh raya.

“Ada beberapa konsesi memberi diskaun awal mulai 25 Ogos ini dan itu berakhir pada 2 September. Bagi pengguna LDP, pada 31 Ogos ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran mulai jam 12 tengah malam sehingga 11.59 tengahari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamatan Peringkat Kementerian Kerja Raya sempena Aidilfitri 2011 di Hentian Sebelah, Plaza Tol Lagong, Lebuh Raya GUTHRIE, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Salleh.

Shaziman berkata, pihaknya sudah mengambil langkah rapi menghadapi sebarang kemungkinan seperti kesesakan luar biasa dan kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin pada musim perayaan.

Beliau berkata, bagi memastikan aliran trafik lancar, semua kerja pembinaan di jalan dan lebuh raya dihentikan sementara, termasuk rondaan 24 jam sehari.

Katanya, selain itu, mulai 22 Ogos ini, sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II akan dibuka secara berperingkat membabitkan tiga laluan bagi mengurangkan kesesakan.
 
sumber dari SINI
notadijariku: dalam paler hotak ni dok tertanya...agaknya berapa kerugian yang mereka alami SEHARI bila kasi diskaun cam gini...hehehe....nak jugak tau tu...hahaha...aku kan pengguna perihatin...ekekeke...

12 comments

Friday, August 19, 2011 9:11:00 AM

adehhh jgn fikir mereka rugi dik .. mereka x rugi apa2 sebenarnya .. ini kelebihan kita sebgai rakyat .. syukurrrrrrrrrrr
( mcm lah akak guna hihgway sgt ekekekek )

Friday, August 19, 2011 9:13:00 AM

YEHUUU i sukeeeeeeeeeeeeeeeeee

Friday, August 19, 2011 9:14:00 AM

tak de nye rugi pun...

Friday, August 19, 2011 9:15:00 AM

tu le kak...ade diskaun tuuu...lega laa sikit kan kak...isshh akak cite pasal tol2 ni terus tak sabar nak last keje mgu depan.....26hb mlm tu lieya bertolak balik kg...yahuuu!!

Friday, August 19, 2011 9:20:00 AM

ni kes nk elak jem la ni ...
org yg nk diskaun die bleh pilih balik waktu hari raya ... yg tak mo diskaun balik awal ...

Friday, August 19, 2011 9:38:00 AM

hehhehe..tak dapatla bonus tolgate girl gitu dak..takdelaah pastinya tak rugik..4juta wehh keta atas jalan...
kdg2 pelik gak ngn yg pakai keta2 besor mewah ni takdenya ke nk pakai smart tag ke,touch n go ke kami2 rakyat marhaen ni yg keta buatan mesia ni sggup beli kad sentuh n blah ni..sbb ramai yg guna lorong tunai tu yg jem kan..kiteorg biasanya kalo jenis musim perayaan ni gigih gakla menopup kad touch n go ke apa takdaya nk berjem bagai..trauma menahan kencing dlm keta blk raya thn sudah xilang lg hihi.

Friday, August 19, 2011 9:43:00 AM

takde maknanya dorang rugi...dorang untung setiap hari tau...sesekali bg diskaun tak rugi pun..

Friday, August 19, 2011 10:01:00 AM

akak tak kisah klu h/way bg diskaun ke tak...
sbb akak tak guna h/way pong... hehehehe.....

silalah jeleh izan...
duit akak tak abis utk tol pong.... hehehe....

Friday, August 19, 2011 10:47:00 AM

kak...diorg xrugi hape pun kak.. percayala..

Friday, August 19, 2011 11:01:00 AM

erk.. tu diskaun balik raya... diskaun balik KL balik tak de kew...

Friday, August 19, 2011 11:42:00 AM

xdpt diskaun sbb blk 23hb huhu

Friday, August 19, 2011 6:30:00 PM

ok la kan.. ada gak nasi kurang.. hihi

Post a Comment