Friday, September 16, 2011

Selamat Bercuti...Selamat Hari Malaysia


SELAMAT HARI MALAYSIA semua!!!

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

alhamdulillah...dapat cuti lebih tuk satu hari...hari ni 16 September 2011...hari Malaysia...dan hari ni ada perarakan dan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Datara Merdeka...hubby dari malam tadi tak balik...sebab terlibat ngan perarakan ni...sibuk benar dia ni...balik pun kejap²...kalulah sok lusa aku nak beranak camner la...adehh...

dan hari ni, kami 3 beranak dok umah jelah...anak² bersenang lenang...dan aku lak, hajat dihati nak rendam, basuh baju baby HNI sementara kudrat masih beraja lagi...ritu dah kumbah² dan dah pilih² baju yang masih elok dipakai...so kenalah basuh kan...

harap² aku dapat mengerjakan seme itu dengan lancar tanpa ada sebarang masalah...oklah...selamat BERCUTI semua..sure hari banyak open house yang korang nak terjah kan...selamat beropen house jugak...daaa....

2 comments

Friday, September 16, 2011 9:14:00 AM

heheh mmg banyak open house pon arini ada 2 je esok lusa tak terkira la

Saturday, September 17, 2011 9:51:00 PM

selamat hari malaysia kak!~

Post a Comment