Wednesday, September 14, 2011

Tahukah Anda???


wahh...tetiba pagi ni aku nak citer sal satu ilmu pengetahuan yang tak pernah dan rasa ada yang tak pernah nak mik tau kut...hehehe...aku mau kongsi ilmu sal mykad rakyat Malaysia ni....even aku tak keje ngan JPN...tapi aku berminat mau tau...

Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai perbezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-

Johor 01,21,22,23,24

Kedah 02, 25, 26, 27

Kelantan 03, 28, 29

Melaka 04, 30

Negeri Sembilan 05, 31,59

Pahang 06, 32, 33

Pulau Pinang 07, 34, 35

Perak 08, 36, 37, 38, 39

Perlis 09, 40

Selangor 10, 41, 42, 43, 44

Terengganu 11, 45, 46

Sabah 12, 47, 48, 49

Sarawak 13, 50, 51, 52, 53

Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57

Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16

Negeri Tidak Diketahui 82

*** kod negeri tu asal nyer ikut susunan alphabet nama2 negeri. tapi, sebab dah ramai sangat rakyat, nombor tu dah di tambah...skang ni, setiap negeri ada 2-5 kod masing2***

notadijariku: patutlah aku pelik no kad pengenalan adik aku yang lahir pada tahun 1986 tu...kod negeri dia bukan 06 tapi 33...ingatkan JPN tersilap...tapi rupanya aku yang tak pernah nak amik tau...huhuhu...yang pasti kod kelahiran aku 06...huhuhu....

14 comments

Wednesday, September 14, 2011 10:43:00 AM

yg lahir tahun 86 semua kod tengahnya lain.. heran jugak memula tu.. hahaha

Wednesday, September 14, 2011 10:44:00 AM

huhu.. mknenyer.. x semestinya angka 11 je la rakyat trg... hehee

mybe y baru2 icnyer 45 & 46 kot

Wednesday, September 14, 2011 10:45:00 AM

klu tak wat entry ni aku pun tatau ade kod lain pas o6 bagai tu ... putrajaya je menten 16 je lagi

Wednesday, September 14, 2011 10:46:00 AM

wow
good info
baru tau dengan details

Wednesday, September 14, 2011 10:47:00 AM

adik zue lahir tahun 1986 pon 33 icnya kak..

Wednesday, September 14, 2011 10:59:00 AM

oooo...baru tahu pasal kod negeri kelahiran tu.yg pasal no hujung tu dah tau..
tq for dharing info.. :-)

Wednesday, September 14, 2011 11:22:00 AM

baru akak tau nape yg lahir kt phg bkn semenya kod 06... dan yg lahir kt ganu bkn semenya kod 11....
tenkiu izan sbb sharing info nih...

Wednesday, September 14, 2011 11:30:00 AM

aku baru2 je tau pasal beza laki ngan pompuan nye no tu heee

Wednesday, September 14, 2011 11:33:00 AM

Owh...baru tau jugak.. info yang menarik kak!Thankss~

Wednesday, September 14, 2011 12:09:00 PM

ye ke kak???
baru tau jugakkk...wakakaka
thanks a lot.. :)

Wednesday, September 14, 2011 12:23:00 PM

bgus nya hg zan..good info nih..oo 86..ptt la len ..
aku yg pasti o2..kedah la...

Wednesday, September 14, 2011 12:54:00 PM

hekhek..
secara malunya nak mgaku..
sy baru btau!

Wednesday, September 14, 2011 1:02:00 PM

ai 14 yg lain semua 10..hikhik..bezanya hosp daerah berlainan..haihh

Wednesday, September 14, 2011 3:43:00 PM

kite org sume angka 12.. kecuali adik pompuan yg no.4... dia sorang je lain... adik yg bongsu pun 12 gak....mula2 ingatkan JPN silap gak... hehee

Post a Comment