Thursday, September 29, 2011

Tetiba Aku Jadi Touching Dengar Lagu Ni...Meluap-Luap Perasaan Cintakan Negara Sendiri


salam semua..baru pulang dari jualan di opis sebelah...alhamdulilah...dapat gak la cari 2-3 barang yang dihajati...yang penting barut dan cd yang dikehendaki ada...perghh...aku kan sedang gian membeli cd skang ni...so sila jangan meluat ok...hahaha...

masa aku masuk opis semula, aku ingatkan my bos p lunch...sekali dia ada ar...so bagilah wang baki yang kawan opis kirim masa breakfast bagi tadi...sekali dia kata, amiklah kat ko zan...saya belanja...adehh...mekasihlah bos...rezeki depan mata...dan tetiba terdengar satu lagu yang biasa aku dengar dari bilik bos...aku tau ni lagu peberet dia..siap dia citer lagu nilah yang dia dok nyanyi masa p kursus JUSA dulu...aku pun tau, mana² kursus berkenaan BERKHIDMAT DENGAN NEGARA lagu ni memang femes la...sebab salah satunya... lirik dia memang menikam² kalbu...menusuk² jugak...semangat cintakan negara meluap² TIME tu...time kursus tu jelah kut...tetambah kalu time kursus BTN terutamanya...huhu...balik dari kursus terus lupa...

lagu apa lagu kalau bukan lagu WARISAN nyanyian Allahyarham Sudirman tu...

Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



dan satu lagi lagu patriotik yang meninggalkan kesan mendalam kat dalam diri aku bila dengar lagu ni jugak...aku rasa aku mula diperdengarkan lagu ni masa sekolah rendah kut...eh ke menengah...aku dah lupa la...kalu tak silap aku, tajuk lagu ni pun WARISAN jugak rasanya...kalu salah sila betulkan...
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
eh tetiba aku jadi berjiwa patriotik pada petang hari ni, pe kes ek..huhuhu...tah la, bila dengar lagu² ni jek semangat patriotik meluap² tau...sebelum aku lupa....

notadijariku: PROUD TO BE MALAYSIAN la...

12 comments

Thursday, September 29, 2011 1:57:00 PM

lgu sudirman tu mmg berhantu...

yg lg 1 tu selalu dnyanyikn masa kem motivasi

Thursday, September 29, 2011 2:00:00 PM

orang gi BTN je tau lagu ni... org politik yg duk bertelagah skrg ni bukan ingat pun... lupa dah... ntah tak pernah tau BTN tu abende :(

Thursday, September 29, 2011 2:03:00 PM

@tunz
betul2...saya setuju...memang berhantu...

@ejaMaria
ishh kak, orang politik nampak kepentingan sendiri jek...mana nampak nilai2 murni lam lagu dah...BTN tu stand for biro tata negara kak...hehehe...

Thursday, September 29, 2011 2:25:00 PM

ann kalau uitm ada program pariotik ..sure nyanyi lagu nih ;-)

Thursday, September 29, 2011 2:25:00 PM

blogwalking

Thursday, September 29, 2011 2:27:00 PM

cikmot, biase beli cd tu pack2 ke @ satu2?kau 1 pack bape dlm dia n bape rm ye?brand campur2 ke?

saya baru nak berjinak2 nak beli ni
kene byk bertanya sket..
sori ek

Thursday, September 29, 2011 2:55:00 PM

kita anak malaysia...

Thursday, September 29, 2011 3:41:00 PM

wah!! n3 patriotik lah ari ni yerk.. tahniah!!!

Thursday, September 29, 2011 6:21:00 PM

wah..
akak..
sgt2 patriotik!

Thursday, September 29, 2011 8:49:00 PM

terasa cm nak bwk bendera pusing 1 taman

Friday, September 30, 2011 8:58:00 AM

sesama melayu bertelagah..dlm BTN tu suruh kite sepakat...tah la....

aku suka lagu 1Malaysia FT ngan yg terbaru ....

Friday, September 30, 2011 12:25:00 PM

Lagu yang amat menyentuh hati. Saya selalu menitis air mata kalau menyanyikannya...

Post a Comment