Friday, October 7, 2011

Keistimewaan Khatamun Nubuwwah


salam semua...tatkala kita kecoh² sal bajet yang bakal dibentangkan pada petang ni...aku jadi lagi kecoh bila terbaca status my junior, kak mimi kat wall fb dia...sal rumahnya dimasuki pencuri pada pagi tadi...lebih kurang jam 5 pagi...adehh...tersentap...terus naik bulu roma...yang buat aku jadi takut, bila kak mimi mengatakan leher mereka suami isteri diacu parang oleh perompak tersebut...huwa...aku pasti tatkala tu keselamatan anak² yang paling difikirkan kan...tapi alhamdulillah kak mimi sekeluarga selamat even abis barang berharga telah diambil oleh perompak itu...

pastu borak la ngan teman ym aku sepanjang hayat tadi sal ni...sebab dulu masa bulan 3 dulu, umah dia pun dimasuki pencuri jugak...dia pun masih dalam trauma...itu dia...kalu kena kat aku sendiri (nauzubillah) sure bertahun gak la traumanya...so teman tu share sesuatu dengan aku...ni pun mak dia yang beritahu...

dah alang² tu, aku pun nak share ngan korang jugak...sebagai langkah berjaga² dengan gangguan atau mara bahaya...korang pernah dengan Khatamun Nubuwwah???

kalu aku, ni pertama kali aku mendengarnya...so jom baca apa keistimewaan Khatamun Nubuwwah ini...


Keistimewaan Khatamun Nubuwwah
Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam at-Tarmizi R.A. katanya, "Sesiapa melihat Khatamun Nubuwwah dalam keadaan berwudhuk,

1. Pada waktu Subuh nescaya Allah akan memeliharanya hingga ke petang.

2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.

3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.

4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman, Insya Allah."


Keistimewaan Nabi Muhammad

Cop Khatamun Nubuwwah pada diri Rasulullah menunjukkan baginda adalah penyudah segala Nabi dan Rasul, manakala cop tersebut pada belakang dan hadapan kerana apabila baginda keluar daripada rumahnya, maka cop tersebut dikunjungi oleh para malaikat.

Hikmat cop tersebut kepada kita amat banyak. Antaranya sesiapa yang menjadikan cop Nubuwwah Nabi itu perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan dipelihara Allah daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali di dalam Kitab Mahatnainiah, yang bermaksud, "Sesiapa yang menjadikan lukisan Khatamun Nubuwwah aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun Nubuwwah aku di dalamnya, maka dipelihara oleh Allah daripada kebakaran dan kecurian dan daripada tiap-tiap musuh dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di syurga dan diluaskan oleh Allah kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."
Contoh Khatamun Nubuwwah yang diletakkan di dalam rumah:



di copy sebulatnya dari SINI...
 
SHARING IS CARING
 
notadijariku: kata teman aku tu lagi...print ayat ni dan tampal di dalam rumah...dan jangan lupa baca dan amalkan....insyaAllah aku akan buat lepas ni...thanks fiza rauf, for da info...

11 comments

Friday, October 07, 2011 9:54:00 AM

alhamdulillah

satu perkongsian ilmu yang sangat berguna

saya akan print dan cari ayat ni utk gantung kat umh.

bukan gantung saje, akan baca juga sebagai amalan harian.

tq awak

Friday, October 07, 2011 9:56:00 AM

@NM02
sama sama...yang baik elok kita kongsi bersama2...

Friday, October 07, 2011 10:04:00 AM

nt nk cri la ayat ni..letak kt umah..


kak, kt mn umah kwn akak tu?? tkt lak..

Friday, October 07, 2011 10:04:00 AM

perkongsian yang sangat berguna sis
thanks

Friday, October 07, 2011 10:05:00 AM

@mizzkechique
kat selayang...nanti dah jumpa ayat ni, beli tuk akak sekali ek...

@Anum
sama sama...sesama kita amalkan...

Friday, October 07, 2011 10:05:00 AM

Thanks for the sharing!....

Friday, October 07, 2011 10:19:00 AM

ayat tue kena baca gak.....x boleh letak kat dinding jer yer......

tq 4 info..

Friday, October 07, 2011 10:31:00 AM

mekasih izan. nak print gak nanti

Friday, October 07, 2011 10:36:00 AM

aha.. umah akak pun ada ayat nih tampal kat atas pintu masuk.. alhamdulillah...selalu amalkan... harap2 tuhan jauhkanla dari perkara tak elok...

Friday, October 07, 2011 11:37:00 AM

Alhamdulillah.. thanks 4 sharing, pastinya ramai yg masih belum tahu lgi :D

Friday, October 07, 2011 11:38:00 AM

terima kasih berkongsi sis...

takutnya dgr kes mcm ni...mesti kak mimi tu fobia...huhu...

Post a Comment