Tuesday, December 6, 2011

Apa Itu Anencephaly? Mari Kita Ketahui Bersama


ok sebelum tu aku nak share citer ngan korang...korang pernah tak baca kisah ni kat mymetro satu masa dahulu???
Hanya hitung masa

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala
JOHOR BAHRU: Kegembiraan sepasang suami isteri dikurniakan anak selepas menanti hampir enam tahun bertukar duka apabila bayi itu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos lalu mengalami kecacatan otak berada di luar tempurung kepalanya.

Lebih menyedihkan, bayi lelaki itu disahkan doktor menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya kini ditempatkan di bawah kawalan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Bapa bayi yang diberi nama Eyrshah Elman itu, Erywan Yaacob, 32, menyifatkan akur nasib menimpa bayinya, namun dia dan isteri, Noraishah Alaby, 32, kesal dengan kegagalan petugas sebuah klinik kesihatan berhampiran rumahnya di Gelang Petah yang tidak dapat mengenal pasti masalah kandungan isterinya sejak awal.

“Setiap kali menjalankan pemeriksaan, doktor dan jururawat di klinik itu menyatakan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat dan selamat.

“Sehingga seminggu sebelum kelahirannya, doktor di klinik kesihatan terbabit menghantar isteri ke HSA kerana menurutnya kandungan mengalami masalah dan memerlukan pengawasan doktor pakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Erywan yang juga pembantu jurutera berkata, doktor di HSA memberitahu, keadaan bayi itu di luar jangkaan kerana kes berkenaan yang pertama berlaku di negeri ini dan antara kes terawal di negara.

“Tetapi, saya kesal doktor dan jururawat di klinik kesihatan terbabit tidak dapat mengenal pasti punca masalah kandungan isteri, sedangkan menurut doktor di HSA, masalah seperti itu sepatutnya boleh dikesan ketika kandungan berusia empat atau lima bulan.

“Hancur dan hiba hati terutama isteri sebaik melihat cahaya mata pertama kami yang dinantikan hampir enam tahun dilahirkan dalam keadaan sungguh menyedihkan.

“Menitis air mata kami setiap kali memandangnya yang kelihatan amat menderita dengan keadaan otaknya di bahagian luar. “Jika doktor dan jururawat klinik kesihatan itu dapat mengesan masalah ini dari awal, anak saya mungkin tidak menderita. “Kini, kami berserah ke hadrat Ilahi dengan apa juga ketentuan, namun saya merayu mana-mana pihak terutama yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk membantu,” katanya.

Menurut Erywan, tiga hari lalu dia cuba menghubungi beberapa pakar perubatan untuk bertanyakan mengenai masalah anaknya, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.

“Doktor mengatakan kes seperti ini amat jarang terjadi dan masih menjalankan kajian berhubung cara atau kaedah terbaik bagi menyelamatkannya,” katanya.

Sesiapa yang ingin memberi bantuan atau mempunyai maklumat yang boleh membantu Eyrshah Elman boleh menghubungi Erywan di talian 017-7746696.

ok aku sebenarnya baru tau pasal ANENCEPHALY ni...tu pun aku baca dari blog seorang rakan lama yang kebetulan mengalami nasib yang sama kepada bayinya yang baru berumur 4 bulan di dalam kandungan...tapi derang tau awal...so forced labor terpaksa dilakukan...
 
kalu nak baca kisah yang dia sendiri alami, leh klik SINI...
 
(^_____________^)
 
ok apa itu ANENCEPHALY???
 
Anencephaly is a cephalic disorder that results from a neural tube defect that occurs when the cephalic (head) end of the neural tube fails to close, usually between the 23rd and 26th day of pregnancy, resulting in the absence of a major portion of the brain, skull, and scalp.[1] Strictly speaking, the translation of the Greek term to English is "no brain" (that is totally lacking), but it is accepted that children with this disorder are born without a forebrain, the largest part of the brain consisting mainly of the cerebral hemispheres, including the neocortex, which is responsible for higher-level cognition, i.e. thinking. The remaining brain tissue is often exposed — not covered by bone or skin.[2] Most babies with this genetic disorder do not survive birth; whether they are technically born (if no brain is present) is an ethical and legal issue.

A front view of an anencephalic fetus

An anencephalic newborn

Ultrasound image of fetus with anencephaly
kata kawan aku tu...salah satu sebabnya mungkin disebabkan kekurangan asid folik...yelah asid folik kan penting untuk tumbesaran janin...tapi siapalah kita kan...semuanya kehendak yang MAHA ESA...
 
notadijariku: dapat satu ilmu hari ni...

9 comments

Tuesday, December 06, 2011 10:39:00 AM

pasal kes ni... pd akak mak bapak budak tu pun tak bole la salahkan klinik diorg pegi checkup... klu pegi takat klinik kerajaan mana ada buat scan masa awal pregnant... lain la klu pegi klinik bayar... tiap kali check tiap kali tu la scan... so reda je la anak tu mcm tu... ni nak salahkan org... nak saman... silap sendiri tak nampak... apa pun takziah juga la utk pasangan tu... nnt-nnt dah ada penghuni syurga menunggu... syukur je la...

Tuesday, December 06, 2011 10:56:00 AM

redha...

Tuesday, December 06, 2011 11:05:00 AM

berdoa dan redha

Tuesday, December 06, 2011 11:12:00 AM

...Subhanallah!

Acid Folic sgt penting. Atau mgkn obimin. Jgn percaya kata-kata tahyul sesetengah org yg kata, makan obimin akan buat bayi jadi besar. Aduh!

Tuesday, December 06, 2011 11:15:00 AM

takziah buat pasangan tersebut. Tapi betul kata Eja Maria, diorang tak boleh nak salahkan Klinik Kesihatan. Sebab klinik kesihatan hanya buat scan jantung untuk tiap2 bulan check up dan 4 bulan skali scan baby. Lainlah klinik swasta....

Dugaan Allah. Redha. Allah lebih menyayangi anak tersebut.

Tuesday, December 06, 2011 11:16:00 AM

errrr baru tau pasal hal ni. harap kawan tu redha dan tabah hadapi ujian.

Tuesday, December 06, 2011 11:18:00 AM

nauzubillahiminzalik...

Tuesday, December 06, 2011 2:39:00 PM

Ada juga sorang kwn akak ni dpt kesan anaknya x de tempurung otak masa dia pregnant 5 bln.

Friday, March 02, 2012 4:56:00 PM

Sy mengalami sendiri...sy scan di private masa kandungan 10wks..masa tu dh dpt tau..sbb scan 3D..then, bila dh tau keadaan baby mcm tu...pegi dptkan 2-3 opinion lg dari Doktor2 lain..3 decision suggest terminate, 1 suggestion simpan kandungan tu...but at last..terminate jugak sbb dh dptkan advice drpd 2 org ustaz..katanya benda ni harus..sbb risaukan mental si ibu..lg pun, baby tu nnt mmg x dpt hidup kerana keadaan otak baby yg x sempurna. Finally bersalin secara normal, doc bagi ubat induce utk bg ada contraction. Masa tu kandungan 18wks+ masa bersalin. skrg preggy kali ke-2, 10wks..Ahad ni (04.03.2012) nak pergi scan kat private..Ya Allah risaunya...semoga baby ku kali ni sihat & sempurna sifatnya..& semoga ada rezeki utk kami timang baby...insyaAllah..

Post a Comment