Thursday, December 15, 2011

Gelora Nafsu Suami


KUALA LUMPUR: Suami bangang. Begitulah tindakan dilakukan seorang penjawat awam yang sanggup mencakar isterinya di bahagian leher dan dada selain memukul wanita berkenaan hanya kerana menolak pelawaannya mengadakan hubungan seks walaupun isterinya sedang haid, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 27 tahun bekerja sebagai jururawat berada di rumah mereka diajak suaminya berusia 30-an mengadakan hubungan seks.

Sumber berkata, mangsa yang sedang haid ketika itu menolak pelawaan suaminya dengan sopan, namun tindakan mangsa menyebabkan suaminya naik angin.

Menurutnya, akibat berang, suami mangsa mula memaki- hamun mangsa selain menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Tindakan itu tidak berhenti di situ, malah suami mangsa bertindak lebih ganas mencakar mangsa di leher dan dada meskipun mangsa merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Beliau berkata, suami mangsa yang gagal mengawal kemarahannya cuba membakar kertas semata-mata untuk mengalih tumpuannya, namun tidak berjaya.
 
Sebaliknya, dia tiba-tiba memaki semula mangsa selepas memadamkan api kertas itu sebelum menampar dan memukul mangsa.

“Akibat tidak tahan, mangsa mengugut menceritakan kejadian itu kepada majikan suaminya menyebabkan lelaki itu bertambah marah dan terus membelasah mangsa di hadapan anak mereka berusia lima tahun sebelum mangsa dihalau keluar dari rumah,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di balai polis berdekatan kerana bimbang keselamatan diri dan anaknya
 
sumber dari MYMETRO ONLINE

hurmm...bukankah HARAM hukumnya menyetubuhi isteri di dalam keadaan isteri yang sedang haid...kalu salah betulkan aku ok...
 
notadijariku: 100 hari kena dipendekkan ni...hahaha...gulpss...

11 comments

Thursday, December 15, 2011 11:13:00 AM

100 hari kena di pendek kan??
maksud nya???


kah2~~

Thursday, December 15, 2011 11:24:00 AM

bodoh tak bertempat.....

Tak patut........

Thursday, December 15, 2011 11:31:00 AM

mcm² cte ksrg ni...itulah die kalo xde iman dlm dri..jantan x guna..kesian si isteri..

Thursday, December 15, 2011 11:36:00 AM

100 hari tu utk kesihatan... harap suami memahami... kata nak sampai akhir hayat... ;p

Thursday, December 15, 2011 11:56:00 AM

giler ah!!! ni giler seks namanya.. aisey, takot lak nk kawen.. hahahah

Thursday, December 15, 2011 12:05:00 PM

kalau suami memahami susah payah lahirkan zuriat nya,,insya Allah 100 hari tu rasa sekejap je

tulis tangan pun boleh.hehe

Thursday, December 15, 2011 12:33:00 PM

agak2 la la laki dia ni pun..aku ni pantang 100 hari rilek je huhu

Thursday, December 15, 2011 12:42:00 PM

mak ai...laki jenis apa laa..nafsu serakah..

Thursday, December 15, 2011 1:33:00 PM

adeyh
kesiannya!

Thursday, December 15, 2011 2:19:00 PM

haiyo apa nak komen nie
bangang ke pe

Thursday, December 15, 2011 2:28:00 PM

amboi ko.... tak sabar...

Post a Comment