Friday, December 2, 2011

Gemersik Kalbu: Mengapa Berpaut Pada Kenangan Sedangkan Impian Boleh Digapai


owhh...tadi aku terbaca kat wall alaf 21...katanya...pada 26hb Disember ni...drama adaptasi dari novel GEMERSIK KALBU karya anis ayuni akan disiarkan di slot AKASIA setiap Isnin hingga Khamis jam 7 hingga 8 Malam...mungkin bakal menggantikan drama TENTANG DHIA la ni...

ni buktinya...

owhh aku dah baca novel ni...tadi siap tepon opis sendiri....tanya pengganti aku, ada tak novel ni dalam koleksi aku...bukan apa weii...dah tua, penyakit ingat2 lupa selalu menyerang...lagi pulak banyak ar novel aku dah baca...kadang terlupa jugak saper watak2 dalam novel yang dinyatakan itu...hehehe...kena recall balik...kena selak2 balik novel tu baru leh memori recall semula...kalu idak memang totally LOST la...huhuhu...

so meh kongsi citer sal novel ni sebelum drama ditayangkan...


Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

notadijariku: makin banyak drama diadaptasi dari novel...tapi aku masih menunggu novel ANDAI ITU TAKDIRNYA karya SITI ROSMIZAH di dramakan...lagi syahdu...sob sob...

pesanan lagi: mrs k...kalu ko nak baca novel, p la ke opis aku...minta kat nisa...pengganti aku tu...tapi sure amik masa berminggu nak abiskan satu novel kan...hahaha...

9 comments

Friday, December 02, 2011 11:30:00 AM

kagum ngan akak, hehe...ada masa jugak nak baca novel:)

Friday, December 02, 2011 11:45:00 AM

cikmot
dah penah bace tak novel cemburu seorang perempuan? bukan alaf 21
tp creative enterprise punye..
kalu tu...lagi best buat citer!

Friday, December 02, 2011 1:13:00 PM

Ha.buku ni mmg beli dulu. tp seyes tk igt citer dia cena. maka, kena gak baca sesket dulu supaya leh recall. Balik kg ni nak amik la seme novel.

Tp byk tul drama adaptasi skang yer

Friday, December 02, 2011 3:07:00 PM

bestnya
nak pinjam sis

Friday, December 02, 2011 3:28:00 PM

masa bile korang ni baca novel ek. aku baca sekabo pun 3 minggu skali. hihih

Friday, December 02, 2011 3:38:00 PM

nama watak hero sufian pulak..grrrr

Friday, December 02, 2011 4:32:00 PM

macam pernah baca novel nih. Nak cari balik novel² kat umah tu, ntah mana letaknya.

Skang ni suma citer adaptasi dari novel. Nak tulis novel lah macam nih...hehehehe...

Friday, December 02, 2011 4:49:00 PM

itu la...penerbit criter sekarang ni dah makin ketandusan idea lah kot...

Saturday, December 03, 2011 9:17:00 PM

sy pun peminat novel.

dulu kalau baca pernah jugak terfikir..kenapalah depa tak filem kan je citer novel2 nih..hari ni nasib depa terfikir nak buat filem..mmg bestlah ;)

Post a Comment