Tuesday, December 6, 2011

Selamat Hari Asyura


eh bila hari asyura ek...aku pun dah lupa bilakah harinya...tapi tetiba teringat...tu yang ucap tu...tak kisahlah bila kan...yang penting aku ingat...bila citer sal hari asyura ni, mesti teringat kat bubur asyura...aku rasa dah lama sangatttttttttttttttttt aku tak makan bubur asyura ni...dah dok sini mana nak dapat kan...ke ada ke orang dok buat dan jual bubur asyura ni...kalu ada mau jugak cari sepotong kan...hurmm...

aku pun dah macam lupa dah gimana rupa bubur asyura ni...dulu masa kecik2 bila tiba hari asyura orang kampung akan bekerjasama memasak bubur ni...dan dapatlah tiap keluarga sepinggan sorang...jadilah, dapat rasa, makan sudah kan...tapi kini???hurrmm lagi...

so dek kerana hampir terlupa rupa dan keadaan bubur tu, aku telah gugel...dan hasilnya cam dibawah...
ha, aku baru ingat aku tak suka bubur asyura yang ada kacang...eh ada ke orang buh kacang...aku rasa aku pernah makan bubur asyura yang ada kacang ni...
eh kalu korang pun semakin lupa, korang gugel la sendiri...hehehe...

ha aku dah ingat dah bila hari asyura
Tarikh Hari Asyura (10 Muharram 1433H/6 Disember 2011)

Berikut adalah 14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam apabila menjelangnya hari Asyura ini.

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
selamat hari asyura buat semua...

4 comments

Tuesday, December 06, 2011 9:04:00 AM

selamat hari asyura kak...:)

Tuesday, December 06, 2011 9:39:00 AM

bestnya
kalau kat kg comfirm dpt makan nie
ada dua jenis , masin dan manis

Tuesday, December 06, 2011 10:02:00 AM

aku rse bubur ayura ni ade mcm2 jenis kan
aku pn kurang gemar yg mcm ade kacang tu..mcm manis2 jek kan rse dia
hehee lama kot tak mkn

Tuesday, December 06, 2011 10:32:00 AM

akak tau bubur asyura ni klu kat belah utara/pantai timur - dia rupa tu la... pejal bole dipotong... penuh dgn macam-macam kekacang...

tapi masa akak duk kampung dulu (belah selatan)... bubur asyura dia mcm bubur lambuk tu je... tapi sedap... sangat sedap... lebih sedap dari bubur lambuk kampung baru... suke join masa gotong royong buat bubur asyura kat masjid masa tu... nnt dapat la seplastik utk bawa balik... ;p

Post a Comment