Thursday, March 15, 2012

Bye Semua...Sabah...Tunggu Aku...

 
hehehe....mimpi jelah nak ke sabah pepagi ni kan...
bukan per, ritu aku ada tertengok lam berita sal rumah terbalik kat sabah tu...di tamparuli kalu tak silap kan...aku ingatkan di oversea sana..rupanya di sabah sahaja...

uniklah rumah ni...semenya terbalik...tabik kat Alexander Yee tu sebab terpikir nak buat rumah cam gini sebagai salah satu daya tarikan ke sabah...

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar. 



Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.
“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),”

kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.
Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.
Hiasan dalaman di dalam rumah diletakkan secara terbalik seolah-olah seperti tergantung.

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.
Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.
Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.

notadijariku: ok tempah tiket AirAsia sekarang...
hehehe...verangan... :p

16 comments

Thursday, March 15, 2012 8:57:00 AM

adoi....ingatkan boleh duduk dalam....

camni semua terbalik....xbest aaa....

Thursday, March 15, 2012 9:03:00 AM

bestnya kalau dapt pergi tgk real

Thursday, March 15, 2012 9:26:00 AM

Teringin gak nak tgk dari dekat.

Thursday, March 15, 2012 9:30:00 AM

waa best ni...boleh pi jalan2 saner...mau pening masuk umah ni kan...

Thursday, March 15, 2012 9:34:00 AM

best kan..?
thn lepas pegi, tak siap lagi mende alah ni
kene book tiket pi sabah lagi la camni, hehe..
tggu free seat airasia ^_^

Thursday, March 15, 2012 9:55:00 AM

wahhh tak tau pn ade rumah gini kt sabah
huhu

aku pegi bln 7 ni, kena cr tang mana letak umah ni
kena pegi ni

Thursday, March 15, 2012 9:55:00 AM

igtkan mau fly dh kesana. hehe.. mak tk pat lah nk booking AA..kang anak kecik kena tggl lak esok..haha

Thursday, March 15, 2012 10:33:00 AM

wow

Thursday, March 15, 2012 10:45:00 AM

alamak baru tau ada umah nie... adoyaii

aritu pie sabah singgah tamparuli, dapat naik jambatan tamparuli jerk.. klu tau ada umah nie mesti singgah dah huhu...

Thursday, March 15, 2012 11:01:00 AM

unik...mmg kreatif la owner umah terbalik nih

Thursday, March 15, 2012 11:04:00 AM

unik..

Thursday, March 15, 2012 11:05:00 AM

ada masuk berita aku tgk aritu
asal time aku g dlu xde?
so kena repeat la kan?hahaa

Thursday, March 15, 2012 11:49:00 AM

haah.. unik tol..
ader tgk kt brita hr tu..
ingatkn kt obesi... hehehe

Friday, March 16, 2012 4:31:00 AM

aku dah pergi!!nanti aku buat review kat blog.hehe

Monday, March 19, 2012 9:51:00 AM

jadi peninglak tgk terbalik2nie..

Monday, March 19, 2012 10:07:00 AM

ok,nnt ai balik sabah boleh singgah rmh terbalik nih hehe.

unik sgt kan

Post a Comment