Thursday, March 1, 2012

Serapah Darah Bulan Madu


bagi aku...tiap malam selasa jelah kut time aku menonton televisyen...
sebab ada 2-3 drama yang bleh aku layan sementara menunggu mata mengantuk kan...
seperti biasa jam 9-10 malam dok nengok VANILLA COKLAT di tv3...

abis jek jam 10 terus tukar channel Astro Prima sebab nak nengok drama SERAPAH DARAH BULAN MADU...ada tak yang layan drama ni...
best jugak drama ni....banyak berkisar sal alam bunian...
paling aku suka nyanyian promo drama ni...puas aku search saper yang nyanyi...
tapi tidak berjaya...
tapi aku syak suara hero dia kut...si Razali Hussain...yang pernah jadi peserta ANAK WAYANG kat astro dulu...suara dia memang suara jantan...bleh dah kalu nak jadi penyanyi tu...hehehe...

setiap SELASA
jam 10 malam
di Astro Prima


Sinopsis Drama
  Perhubungan suami isteri Johan dan Adura sedang di belenggu seribu masalah. Adura yang baru sahaja berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian pada rumahtangga ternyata diuji oleh sifat baran Johan. Johan yang inginkan anak dari perhubungan itu amat kecewa kerana Adura disahkan tidak boleh hamil oleh pihak hospital.  
   
  Bagi mencari ketenangan, pasangan muda itu mengambil keputusan berpindah dari kesibukan bandar ke rumah sendiri, tidak begitu jauh dari kediaman mereka, terdapat sepohon pokok besar yang menyimpan seribu misteri yang hanya diketahui oleh penduduk lama di kawasan itu.  
   
  Dirumah baru itu, Adura banyak mengimbau kenangan percintaan dan kemanisan bulan madu yang dirasakan baru semalam dikecapi bersama suami tercinta. Adura juga terkenangkan cinta lalunya bersama Azlan yang begitu mengambil berat terhadap dirinya (namun percintaan mereka putus setelah Adura jatuh hati pada Johan yang berjaya memenangi cintanya ). Mona merupakan bekas teman sepejabat Adura dan juga tempatnya berkongsi masalah sebenarnya mempunyai niat jahat untuk merampas Johan. Mona sebenarnya amat meminati Johan sejak dari dahulu lagi.  
     
  Johan pula mulai sering lewat malam pulang ke rumah dan mengabaikan tanggungjawapnya sebagai suami. Kelab-kelab malam ibarat rumah pertamanya manakala rumahnya ibarat tempat pulang untuk makan, mandi, melampiaskan nafsu dan keluar semula.


notadijariku: ada jugak citer KITA yang best...ni idak asyiklah citer dari seberang...hehehe... 

7 comments

Thursday, March 01, 2012 11:29:00 AM

bkn hero tu dulu bekas peserta audition ?? ?? hehehe

layan memula dulu je ...skrg tak tgk dah .....

Thursday, March 01, 2012 11:33:00 AM

xde asteruk.. okbai

Thursday, March 01, 2012 2:05:00 PM

ada tgk citer ni...best jugak sbb dah mengikuti, sentiasa tak sbr nak tgu episod seterusnya...

Thursday, March 01, 2012 4:10:00 PM

selalu gak layan citer ni..tapi tak sempt habis..berebut ngan pokwo

Friday, March 02, 2012 11:59:00 AM

akak mmg suker citer nih....
hr selasa pas tgk vanilla coklat, mesti tgk citer nih plak...

Friday, March 02, 2012 12:10:00 PM

selalu layan gak citer nie..makin lama makin sakit hati plak..

Friday, June 08, 2012 1:35:00 AM

BARU-BARU ni, RS berasa terharu dengan kisah pelakon kacak iaitu Razali Hussein yang bergitu mengambil berat nasib seorang peminat remaja yang hilang sejak Januari Lalu.

dptkan cerita selanjutnya di http://redspender.blogspot.com/2012/06/razali-hussein-cari-gadis-hilang.html

Post a Comment