Wednesday, May 16, 2012

16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir Yang Anda Mungkin Tidak Tahu


  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

HANAN NUR INSYIRAH
7 MEI 2007

HADIF NASR IRFAN
20 MAC 2009 

HAYFA' NUR IRIS
11 OKTOBER 2011

aku paling suka statement yang no 4 tu...sebab kesemua anak aku ada tanda lahir yang sama.... pusar di dahi...hehehe...

mau tahu rahsia tapak tangan anda...klik SINI...

7 comments

Wednesday, May 16, 2012 1:32:00 PM

yg no.13 tu sy nk buat la.. kasi anak bijak.. hehehe

Wednesday, May 16, 2012 2:32:00 PM

baby sy pun ada tanda lahir merah kat belakang kepala.. mula2 x tau tanda lahir igt kesan vakum ms lahir tp Dr kata tanda lahir. skrg x brpa nampak sgt maybe sbb dh berambut

Info 13 tu boleh try

Wednesday, May 16, 2012 4:07:00 PM

alahai suka nya aku tgk gambar2 anak2 hg tatkala baby nih..
1) mulut dia mmg ketara dari baby..smpai skang sama..hehe..
2) irfan tang mata sama jek
3) iris..emm tak joh beza la..baru 7 buln

emm tak sabaq dh aku nih.nk tunggu my next S A...heheh

Wednesday, May 16, 2012 4:21:00 PM

menarik info nih cikmot..nak share.

Wednesday, May 16, 2012 4:24:00 PM

eh sama dgn anak saya yg no 3..pusar di dahi..

Thursday, May 17, 2012 10:48:00 AM

comelnye dia....

Thursday, May 17, 2012 12:04:00 PM

no. 12, maknanye berat alisha ok la ..die ckp 2 kali ganda berat lahir ....2.7X2 = 5.2kg

Post a Comment