Monday, June 11, 2012

Nyum...Nyum...Belajar Mengunyah


jawapan bersambung untuk entry sebelumnya...

dan sebenarnya iris makan buah PEAR...
takde sorang pun yang jawab dengan betul...
kemain lagi kan...sedap kut dok isap air buah tu...

hingga menjilat mangkuk plastik dia...

ekseli sabtu ahad lepas, aku try kasi baby finger food tuk iris...
since dia dah ada gigi sebatang....dan gusi kemain lagi keras...
apa salahnya aku kenalkan dia ngan makanan jejari kan...
memula aku kasi buah pear cam kat atas tu...
memula dia tak reti jugak nak pegang buah tu...
terpakslah mak bersabar untuk mengajarnya...

pastu esok plak mak ajar dia makan lobak...
mak buat jejari lobak yang direbus...
malas nak stim punya pasal...

tapi bila anak² diperkenalkan dengan makanan jejari ni...
kita mak pak kena sentiasa pantau la mereka ni...
kalu biskut jejari yang memang cair didalam mulut memang takde masalah...
tapi takut dan dikhuatiri makanan jejari tu digigit dengan kadar yang lebih...
takut terlekat kang...lain plak jadinya...

bubuh dalam mangkuk yang berwarna...
kasi attract perhatian dia...


memula dok isap² air..

pastu baru nak gigit²...jangan gigit cik b ibu sudah ye nak...

(^________________^)


Memberi anak makan makanan jejari sangat baik kerana cara ini dapat memahirkan koordinasi tangannya.

Ketika berusia 8 bulan, bayi sudah boleh makan makanan jejari. Walau bagaimanapun, setiap bayi berbeza. Ada yang sudah inginkan mencuba makanan jejari seawal 6 bulan dan ada yang lambat. Jadi, sekiranya anak anda telah berusia 8 bulan, tapi masih enggan makan makanan jejari, janganlah risau. Biarkan dia sendiri yang tentukan bila dia inginkannya. Ketahuilah bahawa anda masih boleh berikan anak makanan jejari meskipun dia belum tumbuh gigi kerana gusi bayi sangat kuat. Tapi, pastikan makanan jejari yang diberi itu tidak keras.


Menyediakan sendiri makanan jejari untuk anak tidaklah sukar malah menyeronokkan. Pilihlah makanan yang anda rasakan sesuai untuk anak. Ketika memilih bahan mentah yang ingin dijadikan makanan jejari untuk anak, pastikan bahan tersebut lembut dan mudah dikunyah. Selain itu, pastikan saiznya tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Sesuai untuk dipegang oleh anak anda. Untuk menarik minat anak, perkenalkan makanan jejari yang berwarna-warni dan mempunyai tekstur yang berbeza setiap kali memberinya makanan tersebut.

Ada banyak makanan yang boleh anda jadikan makanan jejari. Antaranya ialah :
1. Sayur-sayuran seperti lobak merah, ubi kentang dan labu.
2. Buah-buahan seperti pisang, epal, betik dan tembikai.
3. Biskut
4. Roti
5. Pasta
6. Keju
7. Sandwic bersaiz kecil
8. Ikan
9. Ayam
Semasa memilih bahan mentah yang boleh dijadikan makanan jejari, pastikan anak anda tidak alah terhadap bahan tersebut. Peraturan mudah yang perlu anda ikuti setiap kali memberi anak makan makanan baru ialah teruslah memberi makanan yang sama selama empat hari berturut-turut. Setelah tubuh anak anda tidak memberikan tindak balas negatif maknanya dia boleh makan makanan tersebut. Begitulah seterusnya setiap kali anda memperkenalkan makanan baru kepada anak. Tetapi ingat, jangan sesekali perkenalkan dua makanan baru serentak kepada anak.

-SEKIAN-

12 comments

Monday, June 11, 2012 1:45:00 PM

dh pandai Iris nk geget buat
han suma tue..cute!

Monday, June 11, 2012 1:54:00 PM

yummy-yummy, adli nak mntk sikit. hahaaa. kita mmg nak buat jejari2 mcm ni, tapi bila dah pegang buah ke apa ke, mesti terus terkisar sampai habis. hahaaa. comel dak ni, adli tak pandai duduk lagi. tough dan tak balance.

Monday, June 11, 2012 2:04:00 PM

ooo......makan buah pear...cedap la yer...yum yum..

Monday, June 11, 2012 2:30:00 PM

good info kak ;)

Monday, June 11, 2012 2:42:00 PM

wooo, dh ada gigi ye..comel!!!

bila pulak rmbutnya nk tmbuh dgn lebat?

Monday, June 11, 2012 2:55:00 PM

wah,dah ada gigi mek ni..ziyyad belum ada tanda2 nak tumbuh gigi pun..huhu..

Monday, June 11, 2012 3:06:00 PM

wahhh ...alisha dah lama pandai mkn jejari ni ..sbb mmg bg die biskut finger pe tah pelbagai jenama ...buah epal pun dah lama dah .... lobak tu belum lagi .....lg 1 alisha slalu jerit mintak french fries abg die ...fahim slalu bg kt adek die ..wlupun aku larang ....sian la perut adek.....

Monday, June 11, 2012 4:59:00 PM

ko beli la munchkin anti-chocking tu wey... dhiya guna tu, siap isap2 smpai ilang makanan yg aku buh dlm tu... kalo dia ngamuk, dia campak je bendalah tu.. sabo je la

Monday, June 11, 2012 5:38:00 PM

amboi pndai dah makan sdri..lg makin bambam lah nti..

Tuesday, June 12, 2012 11:32:00 AM

semua nak dikunyah dah umur baya ni...kalo boleh...tgk muka kita, dia nak kunyah gak..geram tgk muka mama...ehehehhee

Tuesday, June 12, 2012 11:56:00 AM

cumelnye si iris.
pasal tiramisu tu, akak tempat kat kwn akak, si mekna, satu balang rm7, tapi mmg sedap

Tuesday, June 12, 2012 12:21:00 PM

owh... pandainye dia..

eqal penah bagi masa dia 7 bulan, tapi dia tak suka kot rase biskut tu.. ermnn.. kena cari gak ni, tuk dia belajar makan kan..

tq 4 de info

Post a Comment