Monday, July 30, 2012

Projek Unik 5 Tahun Orang Yang Sama Dengan Aksi Yang Sama Di Lokasi Yang Sama



Sebuah gambaran ikatan persahabatan yang baik dan unik. Mengabadikan gambar lima orang rakan sekolah tinggi, John Wardlaw, Mark Rumer, Dallas Burney, John Molony, dan John Dickson kembali ke lokasi sama di masa yang berbeza. Bagi kelima-lima, semuanya bermula satu tahun selepas menamatkan pengajian mereka dari sekolah tinggi.

Gambar pertama di tahun 1982 sewaktu mereka berusia 19 tahun dan bercuti di Tasik Copco  di utara California. Gambar yang diambil menggunakan kamera yang di set masanya. Mereka berlima berjanji akan datang ke tempat yang sama, dengan aksi yang sama bersama orang yang sama. (Foto: John Wardlaw)


1982

1987 

1992 

1997 

2002 

2007 

2012 


Sejak gambar yang pertama bersama, masing-masing telah membawa haluan dan kerjaya yang tersendiri. Dickson adalah kolumnis restoran, Wardlaw adalah seorang fotografi dalam industri filem, Burney adalah seorang guru, Molony bekerja untuk UPS dan menetap di New Orleans, Rumer telah bersara dan tinggal di Oregon. Bagaimanapun tiada seorang pun daripada mereka mempunyai anak.

Selepas 30 tahun, setiap lima tahun dan mereka tidak pernah terlepas bergambar bersama di lokasi yang sama, dengan aksi yang sama. Walaupun mereka tidak rapat antara satu sama lain, mereka lakukan apa yang perlu untuk kembali bergambar bersama-sama, setidaknya untuk persahabatan dan persaudaraan yang unik ini. (SUMBER)

(^__________^)

komen aku: kretip...panjang lagi umur diorang ni kan...

notadijariku: tak terpikir plak nak buat cam gini kan...hurm...

12 comments

Monday, July 30, 2012 12:57:00 PM

unik sgt!
cara bergambar pun sama!

Monday, July 30, 2012 1:01:00 PM

diorg sgt komited.. sampai bila agaknya kan?..

Monday, July 30, 2012 1:03:00 PM

@mamyharraz
unik kan..tapi topi tu ada yang berubah jugak...hehehe

Monday, July 30, 2012 1:04:00 PM

@Kak Izan
bila sampai masanya kut kak...hehehe

Monday, July 30, 2012 1:04:00 PM

hebat ... tu je leh ckp

Monday, July 30, 2012 1:24:00 PM

comel giler.. nk buat gak la.. ehehe.. akak buat la gmbr anak² akak..

Monday, July 30, 2012 1:25:00 PM

gile lahhh..sama je cara posing..hehee..lama tuh..

Monday, July 30, 2012 1:34:00 PM

aduhhh
unik sgt mereka nie
boleh lak dpt amik pic dari mudaa sampai mereka dah tua haaa
macam x percaya lahh

wajah yg lelaki pertama tuu x berubah kann .. maintain mudeee aje ;)

Monday, July 30, 2012 1:52:00 PM

cool gile!!!

Monday, July 30, 2012 2:42:00 PM

Hheeee, memang best..
Dulu kini dan selamanya :)

Kenangan abadi ni :D

Monday, July 30, 2012 2:47:00 PM

mmg kretip kakak...dok terPK pose yang samo, kaw yg samo...takut org je tak cukup coroum...seb baik semua ado

Wednesday, August 01, 2012 9:00:00 AM

mereka duduk pun tempat sama kan..ehehehe

best nye

bff

Post a Comment