Wednesday, September 12, 2012

Malindo Airways Penerbangan Tambang Murah KEDUA Di Malaysia


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan.
Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion Grup dari Indonesia.
NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada P.T. Lion Grup.

Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota besar Indonesia ke Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia.
Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.
Katanya, selain Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.

“Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini.
Hadir pada majlis Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan. 
- UTUSAN


____________(^_^)________________

baguslah banyak syarikat penerbangan yang muncul di negara kita ni...
harap² banyaklah peluang pekerjaan buat pilot² di Malaysia yang masih menganggur kan...
hopefully...

notadijariku: katanya KLIA2 masih dalam pembinaan...dan LCCT tu akan dijadikan perhentian cargo kut...
gitulah citerya...

10 comments

Wednesday, September 12, 2012 10:58:00 AM

wah info ni kakak...sy pon baru tau...

Wednesday, September 12, 2012 10:59:00 AM

nanti try ek sis
and bagi feedback

Wednesday, September 12, 2012 11:00:00 AM

malindo tu mcm malaysia-indonesia eh kak.. senang la klu semua dh murah.. byk pilihan

Wednesday, September 12, 2012 11:12:00 AM

adala pilihan selain AA..best jugak.

Wednesday, September 12, 2012 11:51:00 AM

Wah senang byk nnt ni :)

Wednesday, September 12, 2012 12:01:00 PM

ok la .. leh banding harga ...
untung pengguna...aku naik keta sajo la nk pi oberdsi mampu lagi

Wednesday, September 12, 2012 12:21:00 PM

td dgr kt radio
mula mcm blur2 jek

bagus la kan..so penumpang bleh pilih nk guna yg mana

harap dorg bagi lagi murah dr yg sedia ada

Wednesday, September 12, 2012 12:43:00 PM

wah cepat apdet ye
saya yg keje kat klia ni pun baru dgr psl airline baru kat radio pagi tadi..
moga makin byk peluang keje,jgn memilih sudah ;)

Wednesday, September 12, 2012 1:13:00 PM

Pasnie ade byk choice la kan..best3..

Wednesday, September 12, 2012 2:09:00 PM

btmbh airline murah ni...byk lg la kita bleh fly kan..hehe...

Post a Comment