Tuesday, October 2, 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia Pulak...Sure Ranking Naik Lagi...


owhh, tak lama lagi rancangan Fear Factor Malaysia akan ke udara kan...
bila tu aku pun tak berapa pasti...nengok jelah kat channel 104 sana...





GOMBAK: Perkara-perkara jijik dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi budaya negara ini tidak akan ditonjolkan dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia membabitkan selebriti tempatan.

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pihaknya amat peka dengan isu yang melibatkan sensitiviti penonton dan tidak akan mengikut format program itu yang mendedahkan peserta dengan perkara-perkara tidak senonoh.

Tambah Raqim, walaupun perkara-perkara yang sensitif tidak dimasukkan dalam formatnya, ia masih lagi mampu menjadi tarikan kepada penonton terutamanya daripada segi kekuatan fizikal dan penggunaan haiwan yang menakutkan.

Seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 13 kumpulan) menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air), Norisham Ismail dan Johan As'ari.

Bakal menjalani penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan, para selebriti ini bakal melalui pelbagai ujian yang menguji tahap ketahanan serta keberanian diri selain melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar.
Para peserta diberi latihan 'Boot Camp' sebelum melalui ujian sebenar di Cape Town, Afrika Selatan. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

"Walaupun jadual penggambarannya pada penghujung bulan depan, mereka (peserta) sudah pun diberi latihan 'Boot Camp' selama lima hari di Batu Caves.

"Mereka dikerah dengan pelbagai latihan lasak, seperti menyertai latihan askar," ujarnya.

Fear Factor Selebriti Malaysia merupakan sebuah program popular antarabangsa yang menguji ketahanan mental dan fizikal peserta, namun ia diubah suai mengikut kesesuaian budaya masyarakat Malaysia.

Selain itu, pihak Astro telah memilih Aaron Aziz sebagai pengacara bagi mengendalikan program yang akan disiarkan di Astro Ria dan Mustika HD nanti.@




pandai astro pancing penonton kan...hehehe...

10 comments

Tuesday, October 02, 2012 10:56:00 AM

Tkde astro,so dok dendiam huhu

Tuesday, October 02, 2012 11:12:00 AM

Abg aaron aiii laaaaaaa...aiii bkn tgk org2 tuh..aiiii tgk abg aaron jer....wakakakakaka..

Tuesday, October 02, 2012 11:16:00 AM

xleh tgk sbb takde asteruk..huhu..tumpang tgk umah akak la..haha..

Tuesday, October 02, 2012 11:17:00 AM

emmm....aktiviti yang menyalahi budaya negara.. emmm ok lagi kot... jangan lah aktiviti yang menyalahi agama..sudahlah.. :D

Tuesday, October 02, 2012 11:58:00 AM

best2

Tuesday, October 02, 2012 12:16:00 PM

awat nampak berkerak dah abang tapa ni..ni mst kes bershooting kat mana2 ni tepi pantai kaa..tetiba kulit nampak gelap plak.

Tuesday, October 02, 2012 12:39:00 PM

baru tau psl fear factor ni.. hehe.. thanks for the info :p

Tuesday, October 02, 2012 1:36:00 PM

hi..

cam best je kan, dah la wat kt oversea..tak penah dgr pulak estro ade wat program ni, sy tau oyomat geset go je..hehe

Tuesday, October 02, 2012 1:55:00 PM

kalau rajin dok depan tv bolehla tgok..huhu

Tuesday, October 02, 2012 3:52:00 PM

sure ranking naik nie...hihi..

Post a Comment