Wednesday, October 3, 2012

Sun Halo


hurmm...semalam petang ramai yang up status suh nengok matahari time tu jugak...
aler, masa tu aku dah berada di dalam opis, so tak kesempatan kut nak nengok fenomena SUN HALO, yang jarang² berlaku tu...owhh, sangat rugi...
rugi sebab tak dapat nengok betapa indahnya ciptaan YANG MAHA ESA...
tapi takpelah, at least dapat nengok kat gambar² yang banyak terdapat di google sana...
nilah antara gambarnya...
nampak tak ada lingkaran macam pelangi tu kan...

so mari kita baca, bagaimana fenomena SUN HALO ini terjadi...

Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik sebenar nyer . Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.
Dekat Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

notadijariku: dapat ilmu baru hari ni kan...

8 comments

Wednesday, October 03, 2012 9:43:00 AM

smlm tak sempat nk lari kuar dr opis tgk matahari
:(

Wednesday, October 03, 2012 9:46:00 AM

cantiknya sis

Wednesday, October 03, 2012 9:50:00 AM

semlm xdpt tgk.. :(

Wednesday, October 03, 2012 9:56:00 AM

penah tgk time tuh tgh holiday kat sarawak..org sana panggil payung matahari..;)

Wednesday, October 03, 2012 10:11:00 AM

x sempt nk tgk gk klmrin....hu3

Wednesday, October 03, 2012 10:46:00 AM

laaa ade ker semalam, x tau pon... hoho x ikut perkembangan semasa langsung kan... huhu

Wednesday, October 03, 2012 10:55:00 AM

cantik!

Wednesday, October 03, 2012 11:14:00 AM

subhanallah..cantik..no wonder rini matahari cantik sgt..x sempat nk tgk gak..:-)

Post a Comment