Wednesday, November 7, 2012

Sehangat Asmara


hurmm...skang rata² tengah demam Adam dan Hawa kan...
termasuk aku jugak kut...walaupun kat rumah tu tak punya Astro Beyond HD...
tapi nasib baiklah ada video ehsan dari Dailymotion...
kalu idak, nunggula bila pihak Astro berkeputusan nak ulang tayang di channel Astro Ria, Prima atau memana yang derang suka...

katanya lepas drama Adam dan Hawa ni...
penulis novel terkenal novel tersebut yakni kak Aisya Sofea akan mendramakan lagi satu karyanya...
yakni SEHANGAT ASMARA...
aku suka kesemua novel karya Aisya Sofea ni...terbaik!!!

adeh, aku jadi ingat² lupa sama ada dah baca ke belum novel beliau yang ni...
nengok kat senarai novel sendiri, ok, aku masih belum memilikinya..
hurmm...kena beli tuk jadikan koleksi sendiri ni...

sebelum tu, kita nengok cover novel yang baru

dan ni yang ni yang lama... 

sedikit sinopsis novel tersebut...
inopsis : SEHANGAT ASMARA Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

tadi ada terbaca kat page Drama Sehangat Asmara ni...
katanya drama ni akan mula bersiaran pada 7 Januari 2013...
dan semestinya di Astro Mustika HD...
ok, noted!!! aku tunggu video dari Daily Motion jek...sobs...

dan pelakon utama yang memegang watak ZAINAL ARIEF adalah ADI PUTRA
dan KAMILIA NAJWA pulak si RITA RUDAINI
watak misya anak derang berdua ni , tak tau la pulak saper dia...

notadijariku: baik aku baca dulu novelnya sebelum ianya menjadi satu 'demam' kuning...hahaha...
eh ada kena mengena ke???

11 comments

Wednesday, November 07, 2012 2:53:00 PM

best nie.. hehehe

Wednesday, November 07, 2012 3:05:00 PM

banyak drama sekarang pasai novel kann...musim novel tuu...tapi takleh lawan citer JULIA ..

Wednesday, November 07, 2012 3:14:00 PM

Wahhh!!menarik ni..cant wait :)

Wednesday, November 07, 2012 3:23:00 PM

wah cite ne ganti Adam & HAwa la ne..huhu ...

Wednesday, November 07, 2012 3:33:00 PM

Terbalik la kak...yg bwh tu cover lama...

Wednesday, November 07, 2012 4:17:00 PM

yup! novel2 Aisya Sofea suma best2..syg sgt koleksi novel dulu2 akk dah gi bagi org..hukhukkkk!

tak sabar nk tgk Adi & Rita lak..

Wednesday, November 07, 2012 4:35:00 PM

da jenuh plak nk follow cerita ni
hahhaa saje cr penyakit
novel tu akan ku cari smp jmp ;-)

Wednesday, November 07, 2012 6:26:00 PM

Humm.sempat lyn citer julia je skrg..huu

Wednesday, November 07, 2012 8:35:00 PM

fuhh...citer ni mmg sedap sgt..saya ada novel dia..mmg bestla..klu baca novel dia..mmg kita rasa je hangat..haha..betul tau..xcaya nti u baca k..

Wednesday, November 07, 2012 9:51:00 PM

blk kampung berpantang takde astro HD, wawaaaa Adam Mukhriz dlm mimpi ajalah.

tapi novel sehangat asmara ni mmg best. pada kita yg terbaik drpd yg lain2. part misya jmpa zainal tu mmg touching gila, melebat air mata.

kita ada semua koleksi aisya sofea.

Thursday, November 08, 2012 1:59:00 PM

nasib rita rudaini.. klu si pelakon Hawa tu sapa ntah nama dia... confirm akak tak kuasa nak layan... memang tak minaattt dengan dia tuh..hahaha...

Post a Comment