Monday, December 17, 2012

STATUS 'CHECK-IN' DALAM MEDIA SOSIAL BOLEH UNDANG BAHAYA!



Dalam era teknologi kini, penggunaan gajet seperti telefon pintar misalnya membolehkan pengguna telefon menggunakan aplikasi check-in untuk mengemas kini lokasi dan aktiviti yang dilakukan untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.

Perbuatan tersebut berkemungkinan boleh membahayakan keselamatan terutama apabila seseorang itu merupakan sasaran musuh atau penjenayah yang menunggu masa yang sesuai untuk bertindak, hanya dengan mengikuti status yang telah dimuat naik.

Pendedahan status seperti "Pulang ke kampung", Masih dipejabat walaupun sudah lewat malam" "lepak di kedai mamak" "Saya bersendirian dirumah" dan sebagainya, secara tidak langsung memaklum kepada umum penjenayah terutamanya, bahawa anda tiada dirumah dan ianya adalah peluang terbaik untuk penjenayah memecah masuk ataupun lain-lain tindakan yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan.

Bagi mereka yang mempunyai kedudukan penting didalam sesebuah syarikat atau organisasi, menambah rakan secara rawak dan mendedahkan maklumat peribadi didalam laman sosial memungkinkan pesaing perniangaan menggodam dan mencuri maklumat penting syarikat yang mungkin terkandung didalam akuan profil media sosial berkenaan.

Walaupun pihak polis tidak menerima maklumat jenayah berdasarkan kepada aplikasi 'check-in' atau status yang dipaparkan dimedia sosial, adalah dinasihakan supaya pengguna lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang maklumat yang ingin dikongsikan.

Fahami dan analisi dahulu kesan baik dan buruk sesuatu aplikasi yang ditawakan serta tetapkan hak akses kepada rakan-rakan untuk maklumat tersebut. Dinasihati juga jangan sebembarang menulis status anda jika tidak ada kepentinganya.  Sumber : Akhbar Guang Ming Daily | akuanakpahang

13 comments

Monday, December 17, 2012 1:37:00 PM

sbb tu biasanya sy check in k sesuatu tmpt bila dh nk blik.. n klu kt umah lak, cri yg lain alamat.. opis lak klu sy check in, kt area kl..kan jauh tu.. hehe

Monday, December 17, 2012 1:37:00 PM

erm, betul jugak tu kan... good info izan, thanx

sesame kita berjaga2 yerk..

Monday, December 17, 2012 1:57:00 PM

Setuju Sgt sebab dah ada kes kerana status nie seorg gadis di rogol

Monday, December 17, 2012 2:03:00 PM

sy tak penah buat status check in..slh satu sbb sy kureng dgn fb..terlalu open bagi sy la..

Monday, December 17, 2012 2:04:00 PM

setuju!

Monday, December 17, 2012 2:20:00 PM

setuju2

Monday, December 17, 2012 2:26:00 PM

setuju sangat

Monday, December 17, 2012 2:33:00 PM

bahaya sgt.takut jugak kan.

Monday, December 17, 2012 4:22:00 PM

jd krglah check in ye.. jom check in hotel CH!

Monday, December 17, 2012 4:28:00 PM

Setuju...

Monday, December 17, 2012 4:46:00 PM

yg tgh kat emergency spital pon bole check in..hahaha

Monday, December 17, 2012 6:41:00 PM

bukan dorang tak tahu pasal bahaya ni tapi jenis manusia ni selagi tak kena selagi tu bersikap.. "tak apa".

Yang hangat >> JANGAN DI KUTIP LAGI ARTIS INDON NI KE MALAYSIA
Yang menarik >> BERAT BERTAMBAH WALAU TAK MAKAN
Yang untung >> BERTUAHNYA SAPA2 YANG ADA iPHONE SEBAB BOLEH BUAT DUIT
Yang untung >> SUKA BUAT CERITA PUN DAPAT iPHONE, PELIK BETUL

Wednesday, December 19, 2012 11:59:00 AM

good info..kena berjaga2 kan

Post a Comment