Tuesday, January 22, 2013

Noriday Dan Pap Smear


ok, sambung citer lagi untuk hari...
hari ni nak bercerita pasal kaedah perancangan keluarga yang diambil oleh aku sendiri...
aku mula mengambil pil perancang NORIDAY (untuk ibu yang menyusu) masa iris berumur 1 tahun genap...
pil ni boleh diambil apabila ibu mula didatangi 'kawan baik' kan...
mulanya aku nak amik kaedah implanon (boleh refer kat ENTRY INI)..
tapi bila nengok pro dan kontranya...aku mengambil keputusan untuk mencuba dulu pil NORIDAY ni...

kenapa aku kena amik pil perancang???
ok, mesti ada cakap² yang akan kata, aler tak perlu nak amik pil segala...
rancang la sendiri kan senang...
owhh ok...aku ni kira berjaya jugaklah nak merancang sendiri kut...
walau beza setiap seorang anak tu 2 tahun kan...
yakni tahun 2007..2009 dan 2011...
tapi atas nasihat doktor yang mengatakan hormon aku ni tinggi dan kebarangkalian nak mengandung LAGI dalam waktu terdekat sangat tinggi...
so aku kena jugak memilih salah satu kaedah perancang keluarga yang ada...

so far alhamdulillah, berkat disiplin yang tinggi...aku belum pernah miss amik pil perancang ni pada setiap hari...
dah menjadi macam satu rutin pada setiap pagi...
WAJIB makan...kalu miss, CHANCES tu tinggi...
owhh...emmm...geee...
janganlah sekarang kan...mak lum bersedia nak jadi ibu beranak 4...huhuhu...

so semalam ada APPOINTMENT di klinik untuk mengambil pil noriday ni...
sekali lawatan dapat 2 peket...next visit bulan 3 nanti...
owh ya, kalu di klinik kesihatan, pil ni boleh didapati dengan PERCUMA ye...
tetapi di klinik swasta satu peket berharga RM20 ...
hurmm, mahal benar...pernah jugak ritu sekali, malas nak p klinik, aku p beli kat farmasi...
amik ko, RM20 tu...terus jadi rajin bila ada temujanji, semata nak amik ubat ni ye...hehehe...

ok, abis dah pasal noriday...skang nak citer pasal PAP SMEAR...

Ujian Pap Smear

Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.


BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.


Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.

(^___^)

ok, tetiba leh aku citer sal PAP SMEAR kan...
semalam masa aku p amik ubat tu, nurse tu tanyalah, sama ada aku bersedia ke belum nak buat PAP SMEAR ni...
senyum senyum aku jawab...erkkk belum...
yelah memang belum kut...
ce korang baca nota penting kat atas tu...
hahaha....mengomss...

oklah, ni just for our info bersama ok...
takde maksud lain...

notadijariku: so korang camner??? dah buat or pernah buat tak PAP SMEAR ni???
sila tolong jawab aku...bye...

21 comments

Tuesday, January 22, 2013 11:10:00 AM

oooooooo

Tuesday, January 22, 2013 11:35:00 AM

erkkk

Tuesday, January 22, 2013 11:44:00 AM

adui tetiba rsa ngilu bila bca pasl pap smear..lum pnh bt lg ni..adehh

Tuesday, January 22, 2013 11:53:00 AM

tak penah buat lagi mungkin...next check up kot..sy pon amik noriday

Tuesday, January 22, 2013 11:58:00 AM

dah...
xsaket pun..
kejap jek dia masukkan mulut itik tu..pastu settle.

Tuesday, January 22, 2013 12:02:00 PM

belum

Tuesday, January 22, 2013 12:04:00 PM

dulu kita pun rancang makan noridays pastu rancang sendiri ni tengah pregnant pas 5 tahun dapat anak kedua. Lepas ni kena rancang lagi dan nak buat pap smear lak.

Tuesday, January 22, 2013 12:05:00 PM

terasa nk buat lama dah tp tak terbuat lagi ...hmmmm bertindak sebelum terlambat ... hmmmm

Tuesday, January 22, 2013 12:06:00 PM

Ayu pun belum pernah buat lagi..
diaorg kata tak sakit, but sebenarnya malu...

Tuesday, January 22, 2013 12:07:00 PM

dah buat 3 mggu lepas..sakit sket jek..hehe

Tuesday, January 22, 2013 12:10:00 PM

kak kte dh bt pap smear 2x..
1st masa thn 2010, lps beranakkan 1st bb..2nd thn 2012, lps dpt 2nd bb..alhamdulillah result ok..

kte pun mkn noriday kak..
tp ambik tiap2 mlm pukul 10pm..
siap bt alarm kat tepon, takut lupe kekdahnye..
huhuhu

Tuesday, January 22, 2013 12:11:00 PM

Tak penah buat
Tak makan apa2 pil
^_^

Tuesday, January 22, 2013 12:49:00 PM

saya bunting pelamin.nanges bila tahu diri peknen masa tu.tapi lepas tu xde apa2lah..terima je anak yang Allah bagi.lepas peknen terus makan pil,namanya marvellon.susu badan terus kering.huhu

lps tu tukar nordette,stop jap pastu peknen no 2.lepas bersalin try norriday sbb katanya tak menjejaskan susu badan.lpas 2 tahun tukar nordette balik .stop,peknen no 3 continue norriday/nordette tapi baru2 ni dpt tahu satu pil namanya Postinor2..lepas 'bersama' terus makan.so tak perlulah makan setiap hari.hanya makan bila bersama je(lainlah kalau kamu jenis 'bersama'setiap hari.larat ke?hehe)

gitulah kisahnya..setakat ni xde mslh.pap smear baru buat bulan Oct.so far okey

Tuesday, January 22, 2013 1:01:00 PM

Dah pernah buat pap smear tu 2 kali. Ok tak sakit pun. Cuma posisi tu cam nak beranak tu la. ai pun x ambik ubt perancang apa2. Seram la jugak ni walau pun dok plan sendiri. Cam tak larat je nak peknen lagi walaupun anak baru 3 org.

Tuesday, January 22, 2013 3:05:00 PM

ila buat setiap kali nak pakai alat tu... tp kali ni lom lg.. xamik ape2 protection pun.... sbb kwn baik xmai lagi

Tuesday, January 22, 2013 3:23:00 PM

Mot, kalau makan pil tu kesian Iris. Dalam hati dia mesti minta adik. Jangan marah.........

Tuesday, January 22, 2013 3:48:00 PM

da penah wat 2 kali...x sakit pun klu kite x nervous n ikut ckp nurse suh ready...klu org amik pil better wat pap smear coz ade risiko kanser,,,better kite check sblum terlambat tau kan,,,klu tau sihat kite pun senang hati,,,cuma malu la gak time sihat2 nak tala tutt ke nurse x sama cam nak beranak REDHA jerrr,,,,hehehe...

Tuesday, January 22, 2013 4:22:00 PM

samala....ya pun noriday gakkk....

Tuesday, January 22, 2013 5:46:00 PM

eza dah penah buat pap smear lepas bersalin adam..
pastu mase psg implanon doc ade suh buat jugak tp xpegi pon...

Tuesday, January 22, 2013 8:28:00 PM

Pnh buat skli je papsmear..huhu..xdala ngeri ke apa..cuma relax je..then bnda jd mudah..jgn bt keras..hehe

Tuesday, January 22, 2013 9:59:00 PM

tiap-tiap tahun buat pap smear kat lppkn je (nurse kat situ mmg perempuan je)... ok... tak sakit pun... segan je... tapi kalu ikut segan/malu... mana nak tahu tahap kesihatan kita kan?

Post a Comment