Thursday, April 25, 2013

Perkara Haram Yang Biasa


Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.
Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)
Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)
Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.
Sumber: http://www.halaqah.net/

(^___^)
ye...kalau dulu aku salah sorang yang akan bersalaman ngan ipar duai termasuk abang ipar semua...
tapi sekarang tidak lagi...kalu boleh aku elakkan...
aurat kita, tanggungjawab kita...

tapi kan, kalu ada yang menghulurkan tangan dulu camner???
tak bersambut, drop his waterface...
sambut kan, kita yang bertambah dosa....alahaii, susah gak kalu berada dalam situasi cam gini...

tapi cuba elakkan...
selama bekerja ngan bos, sekali pun tak pernah aku salam ngan dia...
huhuhu...aku hormat...tau batas batasnya...

peace no war...!!!

20 comments

Thursday, April 25, 2013 8:39:00 AM

takpenah lg salam ngn ipar duai laki..hehe

Thursday, April 25, 2013 8:49:00 AM

moning sis
singgah pagi

Thursday, April 25, 2013 8:50:00 AM

ehehe salam dgn bf apa ce kak? boleh tak? muahahhaaaa

Thursday, April 25, 2013 8:50:00 AM

ehehe salam dgn bf apa ce kak? boleh tak? muahahhaaaa

Thursday, April 25, 2013 8:54:00 AM

selagi boleh elakkan

Thursday, April 25, 2013 9:16:00 AM

selagi boleh elak...Ayu pun try elakkan..

Thursday, April 25, 2013 9:21:00 AM

aku mmg xpenah salam ipar duai hehe

Thursday, April 25, 2013 9:40:00 AM

kekadang terpaksa..situasi tu memang sukar tapi selagi boleh cuba la elak..

Thursday, April 25, 2013 9:44:00 AM

dulu pun kty salah sorg,tp sejak,serba salah bila diaorg hulur.

tp lor ni sjk balik umrah,semua sepupu2 faham dah..diaorg dah x salam,mcm tu jgk abg ipar..

kalau pakcik2 sedara tu pun, kty buat tak tau je..tp ingat nextime pakai glove lah..takut ada yg hulur tgn nk besalam

Thursday, April 25, 2013 9:46:00 AM

aku slalu konpius nk salam ngan pak sedara belah laki aku ... ngan laki mak sedara laki aku ... hmmmm dah tgk carta yg boleh ngan hram tp kadang tu mcm lupa ingat hmmmmm

harap lepas ni aku akan lebih beringat ... kadang tu sbb mende yg kita rasa simple cam ni penyebab kekufuran kita ...

Thursday, April 25, 2013 10:09:00 AM

MQ tak de la arif bab agama, tapi dulu time sekolah mmg ingat ustazah ada cakap tak boleh salam org bukan muhrim ni..Tapi bila makin dewasa, kadang2 mungkin terlupa or leka.. Betul jugak macam mana kalau orang yang hulurkan dulu?kadang2 MQ buat jugak cara tak bersalam dengan bukan muhrim..Hanya senyum n angguk kepala tanda hormat...hope org tu faham la..

Thursday, April 25, 2013 11:51:00 AM

seboleh mungkin elkkan berslm dgn ipar..

Thursday, April 25, 2013 12:28:00 PM

kadang kat opis pun mcam tu..mesti kena salam lau ade big bos or pelawat..so lau nak elak-elak, dok jauh2 sket or buat2 bizi..hehe

Thursday, April 25, 2013 3:31:00 PM

perkongsian yang baik...
sharing is caring...

Friday, April 26, 2013 8:25:00 AM

Betul..skrg dh cuba elakkan dr bersalam dgn yg bkn muhrim...

Thanks for sharing, ingtan tuk smua..

Friday, April 26, 2013 8:27:00 AM

Sama dgn eima, confius kengkadg, dl k.eina salam gak..la ni dh cuba mengelak..hrpnya depa faham la koot..

Friday, April 26, 2013 9:58:00 AM

eh ko salam cium2 pipi ngn bpk mertua tak..aku segan wei..bpk sndri takpe lg..sbbnye biras aku wat je camtu..adeh...

Friday, April 26, 2013 12:40:00 PM

betul jugak kan..kalau dh hulur xkan xnk sambut..kang kalau sambutttt..hurmmmmm..

Monday, April 29, 2013 9:25:00 AM

tak pernah bersalam ngan ipo duai yg lelaki sampai kan pak sedara belah suami pun tak salam juga..tapi sepupu suami yg masih sekolah menengah rajin gak salam cium tangan lagi tapi dulu lah pastu dorang tak salam dah..kita jd serba salah nak hulur tangan ke tak..
satu lagi aurat sesama sedara mara ada yg tak ambik berat gak terutama sesama ipo duai..sepatutnya tidur pun kena bertudung kan kalau tidur gelimpangan kat ruang tamu lah..
sbb tu sebaiknya adakan cukup bilik tidur senang nak jaga aurat,seksa juga nak tidur bertudung bagai ni tapi nak wat cemana kan.

Tuesday, May 07, 2013 2:22:00 PM

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Post a Comment