Thursday, April 4, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia


hari jumaat lepas, masa kat rumah adik di temerloh tu, leh plak aku terlayan drama SEBERNARNYA SAYA ISTERI DIA..lakonan Tiz Zaqyah dan Izzue Islam tu...
ekseli aku dah tau drama ni adaptasi dari sebuah novel terbitan karyaseni...
tapi tulah, kali ni terlambat plak aku mendahului membaca novel tersebut sebelum ia keluar berdrama...

tapi takpelah, better late than never...layan drama first episod ritu boleh tahan jugak...
comel plak nengok si izzue islam tu...
hahaha....

tapi tulah, agak tak puas hati, naper TV3 ni letak kat slot Zehra ek...
sebab slot tu hanya SETIAP JUMAAT jam 9 malam...
kalu kat slot akasia kan best...
leh nengok hari isnin pai khamis...
hurm...lambat la nak habis drama ni kan...

jadinya, hari isnin lepas, dah selamat aku order novel ni kat web karyaseni sana...
memang dah tak tertahan rasa...aku ni kan, kadang tak cukup masa jugak nak layan tv memalam...
sebab aku akan gunakan masa yang ada sebaiknya...tido time...lalala...

so, lebih baik aku baca novel dahulu...kalu tertinggal satu episod pun takpe...
sekurangnya aku dah tau ending camner kan...hehehe....

ni aku tempek sinopsis novel tersebut...
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
(^__^)

eh lupa...fresh from pos laju...novel yang aku order baru jek sampai... so nak tau gimana kesudahan cerita ni...baik aku layan novel dulu...nak tunggu drama, lambat lagi kut...baru episod pertama kut minggu lepas...hehehe....

nama pun jenis takmo kalah kan...hahaha...gitu...

ok, malam ni kita mula membaca ini novel...harap satu malam dah bleh abis...tapi tebal tu...
ada 897 muka surat untuk diabiskan...agagaga...
doakan moga aku berjaya...hahaha...

tak sabar nak tau ending??? jom baca novel dia jom... :p

13 comments

Thursday, April 04, 2013 3:45:00 PM

kalo saya jenis jemah meninggi...mmg bukak page last dolu..pastu dah tau citer, pastu baru baca dari mula..kakakkakakka

Thursday, April 04, 2013 4:02:00 PM

start mlm esok la kak ... mlm ni MJ kak .... heheheh

Thursday, April 04, 2013 4:09:00 PM

best kan??? nak tengok juga ..tak sabar

MY BLOG GIVEAWAY

Thursday, April 04, 2013 4:10:00 PM

tgk kt tv mcm best je..taktau la sbb br episod pertama kan..akak jugak la advance tak sanggup tggu cite kat tv beli novel terus..memang takmo kalah punye org ni..haha..

Thursday, April 04, 2013 4:37:00 PM

Ayu dah baca dah novel nie..memang best..drama tu.try lagak nak layan but takpe kalu termiss pun sbb dah tau cita nya..

Thursday, April 04, 2013 4:52:00 PM

Baca ending die pastu start mula2 blk. Pangai sy selalu mcm tu. Hahahaha!

Thursday, April 04, 2013 5:04:00 PM

Suka plak kt izzu islam tu
Tp 'bersih' sgt muka die dlm cite tu
Suka die dlm cite bunga merah punya mlm ni

Thursday, April 04, 2013 5:08:00 PM

kak nk tahu endingnyer apa boleh tak...

Thursday, April 04, 2013 6:43:00 PM

Akak pun dah beli last Sunday tapi blom sempat baca lagi.

Thursday, April 04, 2013 8:35:00 PM

Rajin membaca, syok la... tv memalam tak sempat layan,novel apatah lagi..hoho.. padahal dl peminat tegar novel.. zwman blajo la..huu..

Friday, April 05, 2013 4:52:00 AM

saya harap anda habiskan novel itu dalam satu malam atau sampai ujung minggu, kemudian panggil balik adik posmen tadi minta dia hantar ke berlin fliss. hihi

Friday, April 05, 2013 7:54:00 AM

mls nak baca novel skang nie...blk umah je asek telelap dopan tv...acane tuh...

Friday, April 05, 2013 8:25:00 AM

arghhhhhhhhhhh..sy dh xde ms utk bc novel.. :(

Post a Comment