Wednesday, May 15, 2013

Cerita Pasal Hotel Yang Kadang Kita Amik Mudah


Perkara yang patut fikir sebelum di hotel2.

1. Gelas.
- Gelas nampak berkilat. Tapi kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas tetapi hanya mengelapnya dan selalunya tidak dibasuh. Kadang-kadang disembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada sesetengah staff yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. My advice? Cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

2. Cerek.
- Memang best kalau ada hotel (hotel mewah selalunya) yang sediakan cerek untuk membuat teh atau kopi. Tahukah anda? Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai. Staff selalu dibekalkan pen untuk kutip benda nih dan cerek kemudian dijurang dengan air panas untuk hilangkan kesan air mani. Kalau staff rajin... cuci guna pencuci.. Haha.

3. Pintu bilik hotel.
- Tak kisahlah kat mana anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Why? Betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tak selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka dari luar. - tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

4. Air paip untuk minum.
- Terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Dah terbiasa dengar kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari Cameron Highland.

5. Jangan bersandar di tingkap bilik.
- Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, lebih2 lagi bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel.
Tak percaya? Sila google; hotel window fall.

***********

haah kan...kadang terpikir jugak...alahaii...
lepas ni kena lebih berhati2 la...
tak semestinya dok hotel mahal kebersihan terjamin kan..

so tepuk dada, tanya akal fikiran....

cau cen dol!!!

9 comments

Wednesday, May 15, 2013 8:05:00 AM

sy mmg dah tau sbb dulu sy keje housekeeping hotel.. :)

Wednesday, May 15, 2013 8:17:00 AM

Huh.. thanks for sharing, kena beringat la lepas ni...

Wednesday, May 15, 2013 8:19:00 AM

Kdg kettle tu slalu aku ragu2 nk guna

Wednesday, May 15, 2013 8:35:00 AM

geli oih.. tp yg bawak sendal tu mmg practical la. risau jugak kadang2 tu. oke pas ni ingat, bawa sendal pintu (pastu sure la laki aku bising2 tanya. huhu)

Wednesday, May 15, 2013 8:40:00 AM

Bawak la sume2 pun dr umah klu gitu
Huhu

Wednesday, May 15, 2013 8:46:00 AM

tetibe mcm terpikir setiap kali tido hotel ade wat gitu x?...yg sendal pintu tuh mmg sgtlah wajib..kang xpasal org main chak2 plak..ahahhaa..

Wednesday, May 15, 2013 9:04:00 AM

haah kan..kadang2 kita xperasan kan bende2 cm ni hehe

Wednesday, May 15, 2013 9:08:00 AM

selamat pagi
singgah pagi :)

Wednesday, May 15, 2013 10:06:00 AM

Terima kasih byk2 sbb kongsi info sebegini. Pas ni, mmg sy jdk lbh particular la bile g hotel2 yg mcm ni. Menyeramkan. Klu skt n kene pd kite, boleh dimaafkan lagi. Tp klu bab jangkit pd anak, yg tu takleh terima.

Psst, dah lama tak jenguk sini. Rindu abam.

Post a Comment